KETIADAAN salah seorang peserta program Big Stage 2022 iaitu Megat Rahim semasa konsert minggu pertama yang berlangsung pada malam Ahad mengejutkan ramai peminat dan penonton. Memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin akibat jangkitan Covid-19, Megat, 20, mengakui turut bersedih kerana tidak dapat beraksi membuktikan kemampuan diri di hadapan juri dan penonton pada konsert pembukaan itu. "Saya minta maaf kepada peminat yang menanti persembahan saya malam itu. Sejujurnya saya pun rasa sedih kerana tak dapat nak beraksi di minggu pertama. Awal-awal lagi saya sedar ramai yang meletakkan jangkaan tinggi untuk tengok persembahan saya. ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal layak masuk Big Stage, MV Hujan lebih 2.2 juta tontonan... Netizen anggap jadi ‘alat’ publisiti murahan ARTIKEL BERKAITAN: Ajai bagi Iqbal 5 markah dalam Big Stage, kalau datang uji bakat terus tak dapat "Saya terpaksa merahsiakan mengenai ketiadaan saya itu atas permintaan Astro. Memandangkan ramai tak tahu saya sedang kuarantin jadi apabila selesai persembahan peserta terakhir, ramai yang komen dan mesej bertanya... Mana Megat? "Bila Astro dah umum, barulah saya beritahu peminat. Apa-apa pun saya rasa sangat tersentuh hati apabila mereka sanggup tunggu sampai akhir... InsyaAllah minggu depan saya akan beraksi semula dan doakan saya terus sihat ya," katanya ketika dihubungi mStar. Megat tak sabar beraksi pada konsert minggu kedua. Sebelum itu, menerusi Instagram, Megat memaklumkan dia tidak dapat membuat persembahan pada konsert minggu pertama Big Stage 2022 kerana disahkan positif Covid-19. Kata penyanyi lagu Sinar ini, dia perlu menjalani kuarantin di rumah selepas dijangkiti virus itu sejak 31 Januari lalu. Saya ada terbaca beberapa status di Twitter mendakwa kononnya saya tarik diri dan tempat saya diganti oleh Iqbal. Itu berita tak betul ya! MEGAT RAHIM PENYANYI Gara-gara ketiadaannya pada minggu pertama, ada juga segelintir netizen menyangka Megat menarik diri daripada pertandingan berkenaan dan tempatnya telah diambil alih oleh usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli. "Saya ada terbaca beberapa status di Twitter mendakwa kononnya saya tarik diri dan tempat saya diganti oleh Iqbal. Itu berita tak betul ya! Megat masih peserta Big Stage 2022 dan dakwaan tarik diri tidak benar! "Saya masih lagi peserta dalam program itu cuma pada minggu pertama ini sahaja yang saya tak dapat sertai kerana dijangkiti Covid-19. Iqbal tak ada kena mengena dengan saya. "Saya harap mereka tak salah faham. Iqbal adalah peserta ke-12 dan bukannya mengganti mana-mana peserta yang sedia ada! Apa-apa pun saya tak sabar untuk memberikan persembahan terbaik pada minggu hadapan," ujarnya. Big Stage 2022 membuat kejutan apabila mengumumkan Iqbal sebagai peserta dan akan bersaing dengan 11 lagi penyanyi baharu dalam program berkenaan. Selain Megat dan Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai oleh Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Sofiaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syafiq Abdillah, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!