suria

Khai Bahar hanya ‘review’ makanan betul-betul sedap, enggan pura-pura kerana sudah dibayar!

Khai tidak mahu dilihat munafik promosikan makanan tidak sedap kerana dibayar.

KEIKHLASAN penyanyi Khai bahar membuat ulasan produk dan mempromosikannya di Instagram (IG) menarik ramai pihak untuk menyuntingnya sebagai duta.

Bagaimanapun, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, berkata dia enggan dilihat sebagai munafik dan hanya berpura-pura mempromosikan makanan berkenaan hanya kerana sudah dibayar.

Menurut penyanyi lagu Bayang ini, dia perlu memastikan produk yang perlu diulas itu betul-betul berkualiti dan sedap sebelum dikongsi kepada peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya belum stabil, Khai Bahar letak sasaran bercinta umur 30 tahun

"Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan. Kalau tak sedap, saya tak terima.

Khai 2

Khai ikhlas mempromosikan makanan yang sedap.

"Saya tak mahu dilihat seperti munafik mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar," katanya kepada mStar.

Khai ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk makanan ringan ChocoAlbab baru-baru ini.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini lagi, dia sudah terbiasa melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Tambahnya, apa yang dilakukan (ulas makanan) itu dengan niat untuk berkongsi perkara yang baik kepada orang ramai.

"Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama. Makanan sedap wajar dikongsi.

Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama.

KHAI BAHAR

PENYANYI

"Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi-jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.

"Dalam hal berlebih lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.

"Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak belanja lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama," kata pelakon drama Shakira itu.

Khai tidak mahu dilihat munafik promosikan makanan tidak sedap kerana dibayar.

Khai mahu bijak berbelanja dan menyimpan wang untuk masa depan.

Diusik persoalan apakah tindakannya itu mungkin didorong bayaran yang diterima dan difahamkan cukup lumayan, Khai hanya tersenyum.

"Cukuplah saya katakan ia sangat memuaskan hati saya. Di sebalik lamaran jenama ini yang ditolak pada mulanya, saya percaya ada hikmah dan rezeki tertulis.

"Tambah dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih berlarutan di negara kita, saya harus fikir soal ke depan. Saya kena bijak berbelanja dan melakukan simpanan untuk hari tua.

"Biarpun agenda dan aktiviti seni sudah diberi kelonggaran, saya percaya kita kena bersedia menjana pendapatan lain. Kita tak tahu apa yang mungkin terjadi esok, lusa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain