suria

Amsyar Lee tutup buku SFMM36, tak patah semangat untuk jadi penyanyi sebenar... Seronok dah ada lagu sendiri

Amsyar tekad untuk terus berhadapan dengan segala cabaran dunia seni

DIKRITIK banyak pihak ketika menggantikan Noraniza Idris di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-36 (SFMM36), selebriti media sosial Amsyar Lee tidak patah semangat untuk melangkah kaki ke industri seni.

Menganggap episod tersebut sudah berakhir, Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amid Syafiq Mohd Sadri, 23, kini bangkit dengan sebuah lagu berduet bersama Bunga menerusi lagu berjudul Belai.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris sedia beri laluan Amsyar Lee ke AJL36, tawar diri bantu persembahan ‘Intan Payung’

ARTIKEL BERKAITAN: Amsyar Lee hampir ‘reject’ tawaran ganti Noraniza Idris, terkejut kena menyanyi guna ‘key’ asal lagu Intan Payung

“Biarlah cerita SFMM36 itu berakhir di situ. Menggantikan Noraniza Idris adalah satu rezeki buat saya untuk perkenalkan diri dalam industri seni.

“Selama ini orang hanya ingat saya sekadar menyanyikan lagu orang lain. Akhirnya saya tampil dengan lagu duet ini dan menggunakan suara yang sebenar.

amsyar 3

Bergandingan dengan Bunga menerusi lagu Belai

“Saya amat terharu apabila menerima sokongan dari pelbagai pihak yang masih memberi saya ruang untuk bertapak dalam industri ini,” jelas Amsyar kepada mStar.

Januari lalu, persembahan Amsyar yang menggantikan Noraniza Idris di pentas SFMM36 menerusi lagu Intan Payung berduet bersama Bunga dikecam netizen.

Dalam pada itu, biarpun masih baru bergelar penyanyi di arus perdana, Amsyar sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dunia seni.

Menurutnya, pengalaman aktif di media sosial membuat dia sudah terdedah dan berdepan kritikan netizen.

Pengalaman itu membuatkan saya tekad untuk kuat berdiri dalam industri seni

AMSYAR LEE

PENYANYI

“Sebelum ini saya memang aktif di media sosial dan telah menerima pelbagai komen termasuk kritikan dari orang yang saya tidak kenal.

“Pengalaman itu membuatkan saya tekad untuk kuat berdiri dalam industri seni.

“Saya faham tiada perkara yang mudah dalam perjalanan hidup ini. Apabila saya memilih jalan untuk bergelar artis rakaman bermaksud saya sedia dengan segala rintangan,” katanya.

Kata Amsyar lagi, dia sudah mula menerima tawaran untuk menyertai beberapa program televisyen termasuk Big Stage 2022 yang baru memulakan siaran pada malam Ahad.

amsyar 2

Amsyar belum sedia sertai pertandingan nyanyian program televisyen

Bagaimanapun Amsyar tidak mahu terburu-buru untuk terus beraksi di pentas pertandingan sebegitu kerana mahu mempersiapkan dirinya dengan ilmu nyanyian.

“Saya baru sahaja hendak bermula dalam industri. Rasanya masih kurang berkemahiran dalam bidang ini.

“Jadi apabila menerima tawaran sebegitu saya tolak secara baik dahulu. Mungkin akan mencuba sertai program televisyen tahun hadapan selepas saya rasa betul-betul bersedia,” ujarnya.

Untuk rekod, Amsyar sebelum ini popular di laman sosial dengan meniru gaya beberapa penyanyi perempuan termasuk Siti Nurhaliza dan Elizabeth Tan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain