suria

Iqbal layak masuk Big Stage, MV Hujan lebih 2.2 juta tontonan… Netizen anggap jadi ‘alat’ publisiti murahan

Pihak produksi jelaskan pemilihan Iqbal di BS22.

BUKAN sahaja terkejut, malah ramai yang mempertikaikan penyertaan Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program Big Stage 2022 (BS22)yang mula bersiaran pada malam Ahad.

Rata-rata menyifatkan pemilihan Iqbal hanya sebagai salah satu teknik pemasaran untuk menaikkan rating program tersebut.

Bagaimanapun menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, Iqbal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak produksi untuk dipilih sebagai peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai bagi Iqbal 5 markah dalam Big Stage, kalau datang uji bakat terus tak dapat

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Vida muncul jadi Presiden Netizen dalam Big Stage, siap rayu mohon maaf... Warganet tak setuju sebab banyak kontroversi!

“Daripada segi kriteria yang ditetapkan Iqbal telah memenuhi syarat had umur 30 tahun dan memiliki video muzik dengan sekurang-kurangnya 500,000 tontontan.

“Dalam BS22 kali ini juga kami tampilkan peserta yang pelbagai. Kami menyediakan platform dan selebihnya terpulang kepada juri untuk menilai,” jelasnya kepada mStar.

iqbal2Iqbal bawa lagu Biarlah Bulan Bicara.

Beliau ditemui selepas siaran langsung BS22 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Kemunculan Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, pada minggu pertama menjawab teka-teki peminat siapakah yang bakal melengkapkan 12 barisan peserta BS22 kali ini.

Dari segi kriteria yang ditetapkan Iqbal telah memenuhi syarat had umur 30 tahun dan memiliki video muzik dengan sekurang-kurangnya 500,000 tontontan.

NORZEHA MOHD SALLEH

PENGURUS SALURAN ASTRO RIA

Untuk rekod, Iqbal melancarkan single pertama berjudul Hujan pada November tahun lalu dan kini video muziknya sudah menerima lebih 2.2 juta tontonan di YouTube.

Bagaimanapun, kemunculan usahawan sensasi mendapat kritikan ramai yang menganggap ia sekadar meraih publisiti.

“Pemilihan Iqbal Zulkefli sebagai peserta BS22 rasanya tidak sesuai. Saya sangat kecewa. Adakah Astro sengaja raih perhatian atau cari publisiti murahan.

“Mohon Astro bagi penjelasan kenapa ambil Iqbal. Ini tidak adil kepada peserta yang hadir ujibakat tetapi tidak berjaya,” antara komen netizen.

IMG_0620

Kemunculan Vida dan Iqbal dianggap sebagai sekadar 'content'.

Dakwaan untuk meraihkan rating juga diperkuatkan dengan penglibatan Datuk Seri Vida sebagai ‘presiden netizen’ dalam program ini.

Untuk rmakluman, drama percintaan dan rancangan perkahwinan tak jadi antara Vida dan Iqbal menjadi bualan netizen sejak Ogos tahun lalu.

Justeru ada yang menganggap pihak produksi sengaja mencipta kandungan dan bukan untuk tujuan pertandingan sebenar.

Pada minggu pertama, Iqbal menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara yang dipopularkan oleh Broery Marantika.

Iqbal mendapat markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

BS22 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Sofiaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syafiq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Iqbal Zulkefli, Vida, Big Stage 2022

Artikel Lain