suria

Buat malu! Gara-gara Iqbal, netizen bandingkan Big Stage dengan program nyanyian Indonesia

Ada netizen membandingkan program nyanyian TV di Malaysia dan Indonesia.

BARU sahaja membuka pentas saingan pada malam Ahad, program nyanyian Big Stage 2022 sudah menerima kecaman hebat netizen di laman sosial.

Ini susulan tindakan produksi mengundang usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi peserta ke-12 yang dianggap menjatuhkan reputasi program mengetengahkan bakat nyanyian generasi baharu itu.

Lebih memalukan apabila peminat hiburan tempatan membandingkan kualiti program nyanyian dari Indonesia yang menjadikan kekuatan vokal peserta sebagai tarikan utama dan bukannya gimik murahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal layak masuk Big Stage, MV Hujan lebih 2.2 juta tontonan... Netizen anggap jadi ‘alat’ publisiti murahan

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai bagi Iqbal 5 markah dalam Big Stage, kalau datang uji bakat terus tak dapat

Menerusi Twitter, seorang pengguna memuat naik rakaman video memperlihatkan kualiti bakat peserta program realiti popular di negara seberang iaitu X Factor Indonesia yang turut sedang bersiaran ketika ini.

Kata pengguna akaun bernama Naim Azhar itu, produksi televisyen Malaysia lebih gemar mengangkat orang yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan rating hingga mengetepikan bakat peserta.

bs2

Seorang pengguna Twitter bandingkan mutu program nyanyian di Indonesia.

"Kenapa realiti TV Malaysia suka romantikkan publisiti murahan dan orang tiada bakat macam tu? Aku tengok bakat di Indonesia punyalah hebat macam langit dengan bumi produksi mereka.

"Punyalah sedap (peserta program Indonesia menyanyi) sampai boleh nangis (tapi) Malaysia kau menangis sebab dia hauk (teruk) sangat,” tulisnya berserta rakaman nyanyian seorang peserta dalam program X Factor itu.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter Khairul Hafidz berpendapat, peserta X Factor Indonesia itu seharusnya menjadi penanda aras sebenar program realiti nyanyian.

Katanya, negara tersebut mampu mencari seberapa ramai penyanyi berbakat untuk diketengahkan tanpa menggunakan sebarang publisiti murahan.

Punyalah sedap (peserta program Indonesia menyanyi) sampai boleh nangis (tapi) Malaysia kau menangis sebab dia hauk (teruk) sangat

NETIZEN

"Bakat seperti ini yang ditunjukkan di program pencarian bakat di negara jiran. Sekarang saya tengah follow rapat X Factor Indonesia. Terlalu banyak yang berbakat.

"Wahai produser talent show di Malaysia (Big Stage), saya fikir kita tidak perlu publisiti murahan untuk menaikkan rating anda," tulisnya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berpendapat tindakan Astro mengundang Iqbal sebagai satu bentuk penghinaan kepada juri dan penonton.

"Persembahan Iqbal tak layak untuk dinilai pun tahu tak? Keputusan bawa masuk Iqbal dalam Big Stage 2022 ni secara jelas memperbodohkan juri, memperlekehkan peserta lain dan menghina penonton," tulis pemilik akaun Ini Alan.

"Nampak Datuk Siti kecewa semalam sampai tak mahu atau serba salah nak bagi markah! Astro patut jaga air muka juri profesional yang ambil tawaran sebab nak menilai mereka yang betul-betul bertanding," komen Kefli Nawawi.

bs 3

Penyertaan Iqbal dalam Big Stage 2022 undang kritikan penonton.

Sebelum itu, menerusi temubual bersama mStar, Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh menjelaskan pemilihan Iqbal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak produksi untuk dipilih sebagai peserta.

Daripada segi kriteria yang ditetapkan Iqbal telah memenuhi syarat had umur 30 tahun dan memiliki video muzik dengan sekurang-kurangnya 500,000 tontontan.

Big Stage 2022 membuka gelanggang dengan kontroversi apabila usahawan Datuk Seri Vida dipilih sebagai presiden netizen.

Justeru itu, ada yang menganggap pihak produksi sengaja mengundang kedua-duanya kerana mahu memanjangkan kisah kahwin tak jadi sebagai tujuan meraih rating.

Pada minggu pertama, Iqbal menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara yang dipopularkan oleh Broery Marantika dan mendapat markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Sofiaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syafiq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain