suria

Shidee masih pening-pening dan sakit badan selepas kemalangan skuter, batuk berdarah mungkin sebab luka dalam mulut

Shidee berehat di rumah selepas terbabit kemalangan pada petang Ahad.

KEADAAN kesihatan penyanyi Shidee semakin baik selepas terbabit kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada petang Ahad lalu.

Berkongsi perkembangan terkini, isterinya iaitu Siti Fairunnisa Aziz berkata Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab sudah semakin pulih dan tidak lagi mengalami batuk berdarah seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Batuk berdarah tu dah okay... batuk-batuk pun dah semakin berkurang. Kami pun belum buat pemeriksaan doktor lagi, rasanya darah tu berkemungkinan sebab ada luka di bahagian mulut atau gusi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shidee terbuka dikritik ‘pancit’, tak layak masuk separuh akhir GV8

ARTIKEL BERKAITAN: Shidee mengaku ambil masa berbulan pulih hubungan dengan ibu mentua

"Lagipun batuk berdarah semalam sedikit sahaja dan hari ini dah tak ada. Cuma abang Shidee masih ada rasa pening, sakit kepala dan sakit badan.

shidee 2

Shidee terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan ke surau pada Ahad.

"Saya tengok keadaan nampak semakin baik, makan pun okay. Jadi sekarang ini dia berehat di rumah dahulu, kalau keadaan makin teruk barulah kita bawa ke hospital," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan Shidee terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke surau berdekatan kediamannya untuk menunaikan solat Asar.

Batuk berdarah semalam pun sikit sahaja, hari ini dah tak ada cuma dia masih ada rasa pening, sakit kepala dan sakit badan.

SITI FAIRUNNISA AZIZ

ISTERI SHIDEE

Peserta Gegar Vaganza musim kelapan ini yang juga bilal di surau terkenaan tidak mengingati sama ada kemalangan itu berlaku disebabkan dia terjatuh atau dilanggar orang lain.

shidee 1

Shidee bersama isteri dan anak-anak mereka.

"Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.

"Saya berada dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing.

"Doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okey tiada luka dalaman tetapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah," katanya seperti dilaporkan pada hari kejadian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain