suria

Zaki Yamani bengang dituduh guna duit Jamal Abdillah buka bisnes, hidup senang kerana keluarga kaya

Zaki akui tertekan apabila sering dikaitkan dengan nama bapanya

SEDIH dan terkilan... Itu yang dirasakan penyanyi remaja Zaki Yamani apabila segelintir netizen memperkecilkan usahanya memulakan perniagaan menjual makanan.

Zaki, 16, bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil pusing kata-kata negatif yang menuduh dia mendapat modal perniagaan daripada bapanya iaitu penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 16 tahun, Zaki Yamani dah jadi tauke kedai makan... Bangga dapat bantu ibu cari duit

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani bengang individu menyamar jadi pengurus ‘deal’ tanpa pengetahuan - “Pulangkan duit yang diambil”

"Ketika awal saya mahu mulakan perniagaan ini, ayah saya sendiri tidak tahu dan saya langsung tidak meminta duit untuk dijadikan modal.

"Jika ada yang masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada beliau," jelas Zaki ketika dihubungi mStar.

zaki 2

Bergelar usahawan pada usia muda dengan hasil modal sendiri.

Sekitar November tahun lalu Zaki menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.

Gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.

Sebelum ini, Zaki memuat naik satu hantaran di Instagram menjelaskan modal perniagaan tersebut adalah hasil wang yang dikumpul dari bayaran membuat review di media sosial.

Dia juga membuat naik paparan skrin beberapa netizen yang menuduhnya hidup senang kerana mempunyai keluarga kaya.

Saya tahu orang akan terus kaitkan saya dengan ayah walau bukan urusan kami bersama.

ZAKI YAMANI

PENYANYI

"Kalau ada modal umur 10 tahun pun boleh jadi tauke apa saja. Modal duit mak bapa.

"Untung mak bapa berduit, anak minta modal niaga pun senang, yang biasa-biasa ni harapkan simpan modal sendiri tu pun makan masa bertahun," ujar beberapa netizen.

Sementara itu, Zaki juga memberitahu sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia ada memberi bayangan kepada Jamal tentang hasratnya, namun tidak menerima sebarang respons daripada penyanyi lagu Azura itu.

zaki 3

Zaki tidak mahu terus dikaitkan dengan nama Jamal.

"Saya ada menghantar gambar bancuhan air yang saya buat, namun hanya dapat bluetick sahaja.

"Kemudian selepas beroperasi, ayah ada menghubungi dan saya telah pun bercerita kepadanya tentang perniagaan ini," ujarnya.

Dalam masa sama Zaki juga sedar setiap perbuatan yang dilakukannya akan dikaitkan dengan nama penyanyi legenda itu.

"Saya tahu orang akan terus kaitakan saya dengan ayah walau bukan urusan kami bersama.

"Memang rasa tertekan, tetapi apa boleh saya buat. Lebih baik diam sahaja," katanya.

Zaki turut berkongsi akan tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama Jamal dan abangnya Osama yang berjudul Tangan Yang Melambai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain