NAMA Shuk Sahar menjadi perbualan hangat di platform TikTok selepas satu video memperlihatkan sebuah kereta terbabas ke dalam parit yang didakwa milik pelawak itu. Difahamkan kereta jenis Myvi berwarna hitam berkenaan terbabas di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada petang Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto suami dengan emoji ‘love’, isteri Shuk Sahar tak jadi fail cerai? - “Maaf, tiada apa yang berlaku” Menguatkan lagi spekulasi kenderaan itu milik Shuk apabila sebuah portal tempatan iaitu Utusan TV menerusi TikTok rasmi turut berkongsi video tersebut. "Kereta Shuk Sahar terjun parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam," tulis tajuk di video tersebut. Video yang dimuat naik di TikTok. Menerusi rakaman tersebut, pelawak berusia 36 tahun itu turut dilihat berada di lokasi kejadian sambil memerhati keretanya diangkat naik ke atas jalan. Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar dilihat tenang dan masih mampu ketawa. Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan komen daripada Shuk gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej. Dalam pada itu, perkongsian tersebut menarik netizen yang turut meninggalkan pelbagai komen dan respons. Malah, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza. "Lain kan kalau orang biasa punya kereta jadi begitu, hati remuk. Tapi artis boleh gelak, relax beli lagi apa ada hal. Shuk dan isteri mempunyai dua orang anak. "Kereta ini juga dia pakai pergi lepak Padang Kota hari itu kat Penang, memang kereta dia kan," komen beberapa netizen. Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk 'tag' akaun TikTok isteri kepada Shuk iaitu Rossa Sera supaya tahu tentang kemalangan tersebut. Untuk rekod, status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2. @afiqazman369 ♬ bunyi asal - Muhdrazlan___ Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!