suria

Suka buat lagu sendiri, Daiyan Trisha tak berminat nyanyi karya komposer lain

Daiyan lebih selesa menyanyikan lagu sendiri.

MEMPUNYAI prinsip tersendiri dalam bidang nyanyian, penyanyi Daiyan Trisha berkata dia kurang berminat untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer lain.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, bidang nyanyian dan ciptaan lagu dekat dengan dirinya dan dia juga lebih selesa menyanyi mengikut cara tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘berkepit’, Daiyan Trisha sudah dua tahun rapat dengan abang Ummi Nazeera

"Mungkin sebab saya penyanyi dan juga penulis lagu. Jadi, saya tak berapa suka untuk menyanyi lagu orang lain cipta.

Saya tak berapa suka untuk menyanyi lagu orang lain cipta.

DAIYAN TRISHA

PELAKON & PENYANYI

"Semua lagu yang saya nyanyikan memang ciptaan saya sendiri. Mungkin itu cara saya dan nak teruskan apa yang saya suka.

"Untuk menyanyi ini, memang saya suka ikut cara tersendiri. Sebab saya rasa seni menulis dan menyanyi dekat dengan saya," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai perkembangan dunia lakonan, Daiyan bakal membintangi telefilem Rompak bergandingan dengan aktor Zizan Razak buat pertama kali.

Daiyan 1

Daiyan pertama kali bergandingan dengan Zizan dan MK.

Selain itu, karektor yang dibawa dalam filem ini berbeza sedikit daripada lakonannya sebelum ini berikutan dia perlu membawa watak wanita bertudung.

"Saya tak pernah bekerja dengan Zizan... jadi mungkin ia menjadi sesuatu yang menarik. Selain ada juga vibe filem 'Fast & Furios'.

"Watak dalam filem itu juga sesuatu yang saya tak pernah bawa. Ini watak pertama yang saya akan memakai tudung.

"Cabaran untuk saya yang tak pakai tudung tapi dalam cerita ini kena pakai. Kena biasakan dari segi penggayaan, tak boleh nak nampak diri baru pakai," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain