suria

Anjing peliharaan tunggu depan bilik Julia Farhana bukan jenis air liur meleleh

Julia menjaga Julio sejak berusia dua bulan.

GARA-GARA memuat naik video di Instagram story memperlihatkan seekor anjing menunggu di luar bilik, pelakon Julia Farhana mula menerima pelbagai pertanyaan daripada netizen.

Tidak berdiam diri, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin mengakui dia dan keluarganya mempunyai seekor anjing yang diberi nama Julio.

Julia, 27, bagaimanapun menjelaskan anjing peliharaan keluarganya sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto rangkul lengan lelaki di IG, Julia Farhana kata bukan gimik untuk promosi lagu

"Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan.

"Saya rasa, perkara ini sensitif dan saya faham sebab sebagai Muslim, mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau bersentuhan masa basah.

"Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami.

Julia 1

Julia berkongsi video anjing perliharaannya sekeluarga.

"Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama Malaysian Ghost Stories itu memuat naik video di Instastory memperlihatkan seekor anjing sedang menunggu di hadapan pintu biliknya.

Dalam pada itu, Julia menjelaskan segala urusan penjagaan melibatkan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumah bukan beragama Islam.

"Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer.

"Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja.

Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.

JULIA FARHANA MARIN

PELAKON

"Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk," ujarnya.

Sementara itu, Julia menyedari tanggungjawabnya sebagai Muslim namun dia juga mahu menjaga hubungan dengan manusia dan semua makhluk hidup termasuklah haiwan.

"Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.

"Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.

Julia 2

Selain anjing, Julia juga mempunyai tujuh ekor kucing.

"Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya," ujar Julia.

Dalam pada itu, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjawab soalan berhubung menyentuh atau memelihara anjing kerana Islam melarang umatnya memelihara haiwan yang disifatkan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat seperti anjing dan babi.

Ini kerana dalam Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu dikira sebagai najis.

Seperti mana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi; Maksudnya; “Ketahuilah, tidak ada perbezaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya; daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang berada pada keadaan apa sekalipun, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah. - (Rujuk Al Minhaj bi Sharh Sahih Muslim, m/s 185)

Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam untuk tujuan tertentu seperti menjaga kebun atau tanam-tanaman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain