suria

Isteri hampir menangis mengidam nak makan kuih raya tengah malam, Ayie Floor88 gagahkan diri cari sampai dapat

Ayie berusaha penuhi permintaan isteri yang sedang hamil.

HAMIL empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam.

Biarpun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpaksa mengagahkan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.

"Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari... tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Awalnya mengandung!” - Isteri Ayie Floor88 terima komen sinis bunting pelamin, kesuburan mungkin punca cepat hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ayie Floor88 dah ‘off market’ selamat bergelar suami Tasha Awie

"Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.

ayie 2

Tasha mengidam biskut dan kuih raya.

"Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja," katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Tasha berkongsi keinginannya yang mahu menikmati kuih raya pada malam Selasa.

Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni

TASHA AWIE

ISTERI AYIE FLOOR88

Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.

"Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa.

ayie 3

Pasangan ini tak sabar mahu timang cahaya mata pertama.

"Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengidam benda yang susah nak cari masa sekarang ni.

"Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya," tulisnya di Instastory.

Untuk rekod, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain