suria

Pertama kali tunai umrah, Aliff Aziz mohon maaf andai pernah gores hati sesiapa

Aliff dan isterinya Bella Astillah berangkat menunaikan umrah pada Rabu.

PENYANYI Aliff Aziz memaklumkan dia dan isterinya Bella Astillah berangkat menunaikan ibadah umrah buat pertama kalinya pada Rabu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memohon orang ramai mendoakan perjalanannya ke Tanah Suci Makkah selamat pergi dan balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz syukur Tuhan atur jalan terbaik, buka buku baharu anak seni - “Kisah lama buatkan saya jadi emosi”

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini saya sekeluarga berangkat untuk menunaikan umrah buat pertama kali.

"Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali," ujarnya.

Kepada semua yang pernah tergores hati dengan perbuatan saya, mohon dimaafkan ya

ALIFF AZIZ

PENYANYI

Juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) itu memuat naik foto bersama isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam pada itu, Aliff juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores hati dengannya perbuatannya selama ini.

"Kepada semua yang pernah tergores hati dengan perbuatan saya, mohon dimaafkan ya. Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah Azzawajala dan menjadi asbab kebaikan kita semua," tulisnya lagi.

Sebelum ini, isterinya Bella Astillah pernah memberitahu rancangan mereka menunaikan umrah pada 9 Februari sekaligus menyambut ulang tahun ke-30 suaminya pada 16 February ini.

aliff4

Aliff dan Bella serta dua orang tuanya menunaikan umrah pada Rabu.

Sementara itu, Bella Astillah meluahkan rasa terharu apabila impiannya untuk membawa kedua-dua orang tuannya ke Tanah Suci Makkah akhirnya tercapai.

Tambahnya, ia salah satu hadiah kepada ibu bapanya yang banyak berkorban dan bersusah payah membesarkannya.

"Bella sangat-sangat terharu dapat membawa kedua-dua orang tua sebab ini impian Bella dari sekolah lagi. Allahuakhbar, bahagia rasanya bila dapat bersama-sama mama dan ayah.

"Ikhlas dari kak long (Bella) untuk mama sama ayah yang banyak berkorban daripada kak long kecil masa kita tinggal di Sabah sampai sekarang. Tak terbalas segala jasa mama ayah. Semoga ini menjadi permulaan tahun baru yang baik buat kita semua, InshaAllah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar

Artikel Lain