LIMA hari disahkan positif Covid-19, penyanyi Ariff Bahran berkongsi perasaan bimbang apabila paras oksigen dalam badan tiba-tiba menurun 81 peratus. Bagaimanapun, Ariff yang kini kuarantin di rumah berasa lega keadaan oksigennya kembali normal pada pagi Rabu. Selain itu, Ariff, 24 juga berkongsi berita gembira isterinya Amirah Syazwani Ridzuan akhirnya dibenarkan pulang dari Hospital Sungai Buloh selepas lima hari mendapatkan rawatan Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Cium dahi seorang wanita ketika persembahan ‘live’, rupa-rupanya Ariff Bahran sudah tiga bulan berkahwin "Saya dan isteri masih demam... tapi Alhamdulillah semakin baik. Cuma, isteri saja yang teruk sehingga masuk terpaksa masuk hospital. Ariff bersyukur isteri sudah dibenarkan pulang selepas lima hari di hospital. "Tapi Alhamdulillah, dia kena tahan wad selama empat hari saja sebab demam yang sangat teruk. Sekarang ini dia sambung kuarantin di rumah dengan saya. "Malam tadi (Selasa) oksigen saya rendah tapi hanya sekejap saja. Hari ini dah kembali okay," kata Ariff Bahran kepada mStar. Saya pun tak pasti daripada mana dapat jangkitan Covid-19 ini. ARIFF BAHRAN PENYANYI Terdahulu, penyanyi lagu Melodi Hati ini memuat naik di Instastory keputusan paras oksigen iaitu 81 peratus. Ariff dan isterinya disahkan positif Covid-19 sejak Jumaat lalu. "Buat masa ini, kami hanya kuarantin di rumah saja. Bila dah habis tempoh kuarantin barulah akan ke Pusat Penilaian Covid (CAC)," ujarnya. Ariff kuarantin kendiri di rumah bersama isteri. Sementara itu, Ariff memberitahu dia masih tidak mengetahui punca mereka dijangkiti virus berkenaan. "Saya pun tak pasti daripada mana dapat jangkitan Covid-19 ini. Mohon semua orang dapat mendoakan keadaan saya dan isteri," katanya. Untuk rekod, Ariff dan isteri mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!