suria

[VIDEO] “Buang je la kalau saya tak layak” - Iqbal cabar juri Big Stage

PENAT berterusan dikecam kerana menyertai Big Stage, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli mencabar barisan juri agar menyingkirkannya pada konsert minggu kedua Ahad ini.

Mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Iqbal, 28, menyerahkan nasibnya kepada juri profesional untuk menentukan kedudukan dalam pertandingan nyanyian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai bagi Iqbal 5 markah dalam Big Stage, kalau datang uji bakat terus tak dapat

"Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah.

"Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okey je.

"Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingkan saya sebagai penyanyi dalam situasi ni," katanya ketika ditemui mStar.

iqbal-1

Iqbal menyanyikan lagu Broery Marantika berjudul Biar Bulan Bicara Sendiri.

Sejak diumumkan sebagai peserta ke-12 Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.

Lebih memalukan apabila dia menerima lima markah daripada Ajai selaku juri tetap selain Datuk Seri Siti Nurhaliza pada mulanya keliru untuk menilai persembahan Iqbal menerusi lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri.

Iqbal diberi markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Itu adalah rezeki saya, kena terima hakikat itu.

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

PENYANYI

Sementara itu ditanya tentang pandangan ramai bahawa penyertaannya dalam Big Stage seolah-olah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal bagaimanapun menyarankan agar mereka lebih bijak mencari peluang.

Kata penyanyi lagu Hujan yang menerima lebih 2.2 juta tontonan di YouTube ini, semua pihak harus percaya soal rezeki.

"Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima hakikat itu.

photo_2022-02-09_13-26-31

Siti Nurhaliza dan Ajai sebagai juri tetap Big Stage 2022 selain penampilan Aliff Aziz sebagai juri juara.

"Bagi sesiapa yang nak sertai, pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil (sertai Big Stage).

"Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang," katanya.

Tambah Iqbal pada tahap ini dia berharap agar peminat industri muzik tidak salah faham dengan mendakwa dia menerima tawaran menyertai Big Stage demi mencari publisiti.

"Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham.

photo_2022-02-09_13-26-11

Datuk Seri Vida bertindak sebagai Presiden Netizen.

"Saya bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular... saya bukan orang yang sebegitu," katanya

Berhubung sama ada dia mempertimbangkan untuk menarik diri, Iqbal bagaimanapun masih berteka-teki.

"Untuk minggu kedua (Ahad ini) saya akan buat dan itu mungkin minggu terakhir saya buat persembahan.

"Walaupun mungkin saya tidak akan dikeluarkan (pada konsert minggu kedua), saya tak boleh nak pastikan sama ada nak teruskan atau berhenti," katanya.

Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Soaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syaq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain