suria

Jamal pilih tarikh cantik 22.02.2022 sambut anak kelima, beri nama Iskandar Rayyan Yamani

Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata kelima.

BAKAL menyambut cahaya mata kelima pada 22 Februari ini, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memberitahu isterinya akan melahirkan secara pembedahan.

Jamal, 63, berkata dia juga memilih nama Iskandar Rayyan Yamani untuk bayi lelaki berkenaan.

“Isteri sepatutnya bersalin pada 28 Februari, tetapi saya pilih tarikh cantik 22.02.2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah jual kosmetik pula, hadiah isteri hamil anak ketiga - “Saya percaya bisnes ini boleh pergi jauh”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Allah kurniakan mereka untuk saya tebus kesalahan masa lalu” - Jamal Abdillah akui pikul tanggungjawab berat besarkan anak kecil pada usia 62

“Kelahiran secara pembedahan. Jika tidak ada yang memudaratkan ikut cakap doktor, saya pilih tarikh itu.

“Persiapan semua sudah dilakukan. Nama anak pula saya pilih Iskandar Rayyan Yamani,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, berkongsi keadaan isterinya, penyanyi lagu Azura itu mengakui kasihan melihat Datin Zai Izzati Khiruddin yang terpaksa menguruskan dua lagi anak mereka dalam keadaan diri yang sedang sarat mengandung.

jamalsld1

Jamal dan Zai mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamai, 2.

“Tak sanggup rasanya melihat isteri menjaga anak. Pembantu rumah pulak dah berhenti. Jadi semua isteri uruskan sendiri.

“Saya akan bantu apa yang patut untuk meringan beban dia.

“Memikirkan akan ada bayi baharu ada juga rasa tertekan, tetapi tetap kena jaga sebab itu anak kita,” ujarnya.

Jamal dan Zai bernikah pada April 2017 dan mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamai,2.

Tak sanggup rasanya melihat isteri menjaga anak. Pembantu rumah pulak dah berhenti. Jadi semua isteri uruskan sendiri.

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Jamal turut mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16.

Jamal ditemui ketika majlis sidang media A Night To Remember Datuk Jamal Abdillah & Zamani di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap tentang persediaan konsert, kata Jamal dia amat mementing kesihatan memandangkan sekarang situasi pandemik yang tidak menentu.

“Perkara utama yang saya perlu perhatikan adalah kesihatan.

jamal zamani

Zamani dan Jamal bakal membuat persembahan di A Night To Remember pada 25 Mac depan.

“Sebelum menjelang konsert saya ada beberapa lagi jemputan persembahan. Jadi sentiasa berjaga-jaga supaya tidak hilang suara pada malam konsert.

“Untuk konsert itu nanti saya akan tumpukan pada penghayatan lagu supaya penonton terhibur.

“Kami juga merancang untuk menyanyi lagu duet tribute untuk rakan-rakan yang telah meninggalkan kita,” ceritanya.

Konsert tersebut bakal berlangsung 26 Mac ini bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Tiket konsert boleh dibeli secara atas talian di www.ilassotickets.com bermula 8 Februari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain