KETIADAAN salah seorang peserta Big Stage 2022 (BS22) iaitu Danial Chuer di konsert minggu kedua program berkenaan mengundang pertanyaan peminat. Menjelaskan kehilangannya itu, Danial, 21, memberitahu dia tidak dapat melakukan persembahan pada malam Ahad kerana keracunan makanan dan dinasihatkan untuk berehat sehingga benar-benar pulih. "Saya dah buat persediaan semuanya tapi pada malam fulldress itu saya mula tak sedap badan, mual dan sakit perut. Saya ingat sebab terlalu penat kerana aktiviti padat selama seminggu tapi pagi Ahad itu keadaan jadi lagi teruk dan selepas ke klinik, doktor beritahu saya keracunan makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Danial Chuer nak tukar cara menyanyi? Katanya kena tegur sebab terlalu teknikal sampai tak ‘feel’ ARTIKEL BERKAITAN: Bye Iqbal! Seperti dijangka jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022 "Memang saya tak boleh nak keluarkan suara, tenaga tak ada dan rasa lemah badan. Selepas berbincang dengan pihak produksi, jalan terbaik adalah saya tak buat persembahan minggu ini kerana bimbang keadaan kesihatan saya jadi lagi teruk. "Saya ni jenis kalau sakit sekalipun tetap boleh sahaja perform cuma semalam memang tak boleh langsung, pertama kali saya berdepan situasi ini, rasa sangat sedih sebab tak ada rezeki nak beraksi tapi saya reda dan tawakal kerana mungkin ini jalan terbaik," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Danial dah buat persediaan penuh menjelang konsert minggu kedua Big Stage 2022. Meskipun tidak dapat melakukan persembahan minggu kedua Big Stage 2022, Danial berkata dia memantau dan membaca komen-komen yang ditulis peminat di laman sosial. Terharu apabila ada yang memberikan kata-kata semangat, Danial berjanji akan melakukan persembahan terbaik pada minggu akan hadapan. Saya tak mahulah naik pentas dalam keadaan lemah dan tak terurus, sebab itu saya rasa lebih baik saya tunggu pulih dan buat persembahan dalam keadaan sihat DANIAL CHUER PENYANYI "Saya baca komen di Twitter, ramai yang tanya mana saya dan macam-macam andaian mereka buat... ada juga yang sangka saya dijangkiti Covid-19 dan macam-macam lagi tapi Alhamdulillah bukan sebab virus itu. "Saya terharu sebab mereka ambil berat keadaan saya, kalau ikutkan memang nak sangat perform tapi saya tak ada kudrat dan rasanya lebih baik saya berehat sehingga sembuh supaya boleh buat persembahan lebih baik selepas ini. "Saya tak mahulah naik pentas dalam keadaan lemah dan tak terurus, sebab itu saya rasa lebih baik saya tunggu pulih dan buat persembahan dalam keadaan sihat," ujarnya. Peminat hairan Danial Chuer tiada pada malam konsert minggu kedua. Dalam pada itu, penyanyi lagu Ingin ini mengakui kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan secara langsung itu di hadapan juri dan peminat. "Sejujurnya sedikit kecewa sebab saya memang dah teruja nak nyanyi lagu Gila ini. Saya seronok berlatih dengan cikgu dan pemuzik yang mengiringi persembahan. Saya dah bersedia tapi ketentuan Allah itu sebaik-baiknya. "InsyaAllah minggu depan saya akan balas kekecewaan ini, sekarang ini waktu saya berehat. Walaupun dalam hati memang sedih kenapa sakit itu datang sekarang tapi anggap ada hikmah dan saya jadikan waktu ini untuk muhasabah diri. "Apa-apa pun saya terharu baca komen semua orang, cuma saya tak sempat nak balas kerana keadaan malam tadi kurang sihat. Terima kasih kerana terus menyokong saya dan mengakui risau mengenai kesihatan saya. Ini semua membuatkan saya lebih bersemangat untuk buat terbaik minggu hadapan," ujarnya. Konsert minggu kedua menyaksikan Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama tersingkir selepas hanya menerima 9.2 peratus markah daripada juri. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!