PERSEMBAHAN menggabungkan tiga penyanyi iaitu Zynakal, Yonnyboii dan Asyraf Nasir yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu terpaksa dibatal di saat akhir berikutan salah seorang penyanyi tersebut merupakan kontak rapat Covid-19. Penyanyi Zyn ketika dihubungi memberitahu, mereka terpaksa akur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan selepas Yonnyboii menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii harap peminat tak terkejut nampak isteri tak bertudung - “Dia masih muda, saya enggan memaksa” ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal ditegur ‘upload’ foto wanita tanpa izin, mohon maaf lambat respons kerana tiada line internet “Yonnyboii disahkan kontak rapat dan disebabkan itu kami terpaksa tunda dahulu persembahan tersebut. “Memang semua diberitahu saat-saat akhir. Apa boleh buat? Kita kena akur dengan SOP yang telah ditetapkan” ujar Zyn ketika dihubungi mStar. Zyn mohon maaf kepada peminat yang sudah bersedia untuk ke showcase Zyn turut memohon maaf kepada peminat yang sudah bersiap sedia untuk hadir ke persembahan Showcase Tak Sangka itu. Apa boleh buat? Kita kena akur dengan SOP yang telah ditetapkan ZYNAKAL PENYANYI Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat bertemu peminat di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan. “Kami telah adalah persembahan di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuantan sebelum ini. Semestinya saya teruja untuk bertemu peminat di Kuala Lumpur. Showcase Tak Sangka menggabungkan Zyn, Asyraf dan Yonnyboii “Memang ada sedikit rasa kecewa. Bagaimanapun kita perlu utamakan kesihatan dan keselamatan. “Ada peminat yang dari luar Kuala Lumpur dan ada yang ambil cuti kerja untuk bertemu kami. Saya mohon maaf atas kejadian ini,” jelasnya. Zyn berharap peminat akan terus mengikut perkembangan semasa dan dia akan berkongsi tarikh baharu persembahan tersebut diadakan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!