MUDAH terasa hati, penyanyi Tuah Adzmi memberitahu dia mengelak daripada membaca komen dan kritikan netizen tentang persembahannya di Big Stage 2022. Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Azmi, 24, berkata, komen negatif akan mengganggu dia untuk fokus pada persembahan akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak duit simpanan habis, Tuah Adzmi jual kereta Mini Cooper buat modal berniaga... Tak sangka bisnes pun tak laku! ARTIKEL BERKAITAN: Tuah Adzmi gembira MV 'Kecewa' dapat sambutan, peminat pula tak puas hati penggambaran hanya di lokasi sama dengan lagu terdahulu Malah, menurutnya, dia juga tidak menonton semula persembahan minggu sebelum ini berikutan takut terbaca komen negatif. “Saya seorang yang mudah terasa hati dan akan rasa tertekan apabila membaca komen buruk di media sosial. Tuah akui persembahan dua minggu sebelum ini bukan yang terbaik “Jadi lebih baik saya tidak ambil peduli hal tersebut. Malah saya juga tidak melihat semula persembahan minggu lalu kerana takut membaca komen,” katanya. Tuah merupakan salah seorang daripada 12 peserta yang bertanding di pentas Big Stage 2022. Bagaimanapun, Tuah berkata, dia terbuka untuk menerima komen daripada juri profesional tentang persembahannya di pentas itu. Saya seorang yang mudah terasa hati dan akan rasa tertekan apabila membaca komen buruk di media sosial TUAH ADZMI PENYANYI “Sudah tentu sedih jika dikritik juri tapi saya terima dengan hati terbuka kerana mereka adalah profesional dalam bidang nyanyian,” kata Tuah. Sementara itu, Tuah berkata, dia akan menunjukkan bakat nyanyiannya menerusi lagu Cari Jodoh yang pernah dipopularkan oleh Wali Band pada konsert minggu ketiga pada Ahad ini. Berusaha memperbaiki kesilapan untuk puaskan hati juri dan penonton “Untuk minggu ketiga saya cuba untuk ubah sedikit cara nyanyian supaya boleh tonjolkan diri saya yang sebenar. “Saya harap persembahan kali ini dapat puaskan hati juri dan penonton” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!