suria

Jangan rendahkan maruah anak seni demi gimik, malu negara luar tengok - Black Hanifah

Black minta stesen TV tak jatuhkan maruah anak seni untuk mencipta gimik.

TIDAK menolak gimik sebagai cara terbaik mempromosi sesebuah produk hiburan, penyanyi Black Hanifah bagaimanapun menganggap ia perlu mempunyai batasan.

Bagi Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 35, berkata, sesebuah program tidak seharusnya mengutamakan perkara itu sehingga sanggup menjatuhkan maruah anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan bodoh sangat... dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” - Black Hanifah bengang dituduh suka meminta

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia larang sebab saya pernah jatuh sampai patah tangan” - Black Hanifah terkejut isteri hadiahkan motosikal lasak

“Gimik itu bagus untuk tujuan melariskan lagu atau produk. Tetapi kalau boleh janganlah merendahkan martabat kita sebagai anak seni.

“Bukan kita sahaja yang menonton, orang luar pun ambil peduli. Jadi perlu fikir baik dan buruk dahulu sebelu buat sesuatu.

black 2

Black berpendapat perlu ketengahkan bakat jalanan.

“Sepatutnya kita perlu malu dengan apa yang kita buat,” ujar Black.

Juara program Mentor musim ketiga ini juga menyarankan agar mencari bakat baharu yang betul-betul mahu mencari platform bertapak dalam industri.

“Tidak susah untuk mencari bakat baharu. Ramai penyanyi seperti buskers yang hebat.

Sepatutnya kita perlu malu dengan apa yang kita buat

BLACK HANIFAH

PENYANYI

“Jika betul mahu mencipta content, ambil sahaja mereka. Pasti akan mendapat reaksi positif penonton.

“Pilihlah yang bermaruah untuk mencipta content,” katanya.

Sementara itu bercerita tentang perkembangan kerjaya, Black tampil dengan lagu baharu berjudul Hanya Aku Yang Mencari.

Menjalani proses rakaman bersama komposer Ajai, Black memberitahu dia terpaksa melakukan rakaman semula selepas beberapa bahagian tidak menepati kualiti yang diinginkan.

black 3

Black ketika menjayakan video muzik lagu baharu Hanya Aku Yang Mencari.

“Ajai sangat mengambil berat ketika proses rakaman. Apabila ada bahagian yang tidak sedap didengar, saya perlu melakukan rakaman semula.

“Apa yang penting adalah hasil akhir lagi ini adalah terbaik,” jelasnya.

Lagu ini diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby dan diedarkan oleh Indigital Music.

Ia sudah dilancarkan di semua platform digital bermula 11 Februari.

Manakala muzik video disiarkan pada malam Jumaat di saluran Youtube Nyawa Black TV.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain