suria

Persembahan Aisha Retno buat Siti Nurhaliza menangis… Sebak teringat arwah Siti Sarah

Siti Nurhaliza sebak menyaksikan persembahan Aisha Retno menerusi lagu Kesetiaan.

PERSEMBAHAN Aisha Retno menerusi lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah mengundang sebak penonton termasuklah juri program Big Stage 2022.

Terkenang pemergian mengejut sahabatnya itu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat menitiskan air mata hingga tidak mampu memberikan komen untuk persembahan Aisha pada malam Ahad.

Menurut Siti, dia tidak dapat menahan emosi dan kesedihan kerana lagu berkenaan terlalu dekat dengan arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul anggap Lia Aziz tak ‘all out’, persembahan kurang istimewa... Tersingkir Big Stage 2022

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Shuib kongsi perbualan terakhir arwah Siti Sarah sebelum ditidurkan

"Bila dengar lagu automatik teringat arwah, saya tak boleh fikir dengar suara orang lain. Kita tak boleh nafikan arwah seorang penyanyi yang bagus, bekerja keras dan merendah diri.

"Namun dalam penjurian ini kita tetap menilai penyanyi (pelapis) berbakat besar yang akan meneruskan generasi saya, itulah yang membuatkan saya sebak.

Screenshot 2022-02-21 at 10.32.43 AM

Aisha Retno sampaikan lagu Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah.

"Pemergian Sarah ketika itu dalam pandemik, kami sama-sama sedang mengandung... itulah yang membuatkan saya lebih teringat. Saya pun bersalin dalam situasi Covid-19 tapi Allah lebih menyayanginya," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Purnama Merindu ini ditemui selepas konsert minggu ketiga Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Saya teringat pada arwah, itu saja

SITI NURHALIZA

JURI BIG STAGE 2022

Semasa persembahan Aisha Retno, Siti dilihat menitiskan air mata hingga hilang kata-kata.

"Saya teringat pada arwah, itu saja," katanya semasa memberikan komen persembahan Aisha.

Siti Nurhaliza 1

Siti teringat arwah Siti Sarah.

Selain Siti, seorang lagi juri iaitu Ajai turut kelihatan sebak dan memohon para penonton mendoakan kesejahteraan untuk Allahyarham.

"Sudah kebetulan mendengar lagu arwah, marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuknya," katanya.

Dalam persembahan itu, Aisha Retno menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 82 peratus.

Konsert minggu ketiga Big Stage 2022 menyaksikan Lia Aziz tersingkir selepas menerima markah terendah.

Lia menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah menerima markah 55 peratus daripada juri dan undian peminat.

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain