suria

Tak sangka tersingkir awal, Lia Aziz mengaku kurang aura tarik undi penonton

Lia Aziz tak sangka jadi peserta kedua tersingkir Big Stage 2022.

GAGAL meneruskan perjuangan di pentas Big Stage 2022, penyanyi Lia Aziz mengakui tidak menjangka akan menjadi peserta kedua tersingkir dalam program berkenaan.

Menurut Lia atau nama sebenar Nuraliah Farzana Abd Aziz, 19, kekurangan undian peminat menjadi faktor dia hanya bertahan hingga konsert minggu ketiga.

"Sejujurnya saya tak jangka akan keluar seawal ini, saya memang jangka akan tersingkir nanti tapi bukanlah pada minggu awal ini tapi itulah mungkin rezeki sampai di sini sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Lia Aziz harap pentas ‘Big Stage 2022’ dapat kembangkan kerjaya seni, cabar diri bawa genre lain

ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul anggap Lia Aziz tak ‘all out’, persembahan kurang istimewa... Tersingkir Big Stage 2022

"Undian online sangat membantu tapi mungkin saya tak cukup kuat di situ. Penonton dah tengok dari awal nak undi siapa, mungkin aura saya tak cukup kuat buatkan ramai mengundi saya.

"Peminat lagu saya mungkin ramai, tapi bila dah masuk Big Stage dah alam lain, tak boleh bergantung peminat lagu semata-mata," katanya kepada mStar.

lia 2

Lia Aziz tak jangka tersingkir awal.

Pada konsert minggu ketiga, Lia diumum tersingkir selepas menerima markah 55 peratus daripada juri dan undian peminat.

Lia menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah tidak layak meneruskan saingan pada konsert minggu depan.

Masuk Big Stage ini dah satu pencapaian besar untuk saya kerana tak jangka layak ke sini

LIA AZIZ

PENYANYI

Menurut juri jemputan iaitu Han Byul, persembahan Lia kurang menarik dan dia seharusnya menonjolkan sisi lebih berbeza sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kucu Kuca ini mengakui peluang menyertai program realiti nyanyian untuk budak-budak baharu nak up (BBNU) ini merupakan satu pengalaman cukup bermakna buat dirinya.

lia 1

Lia Aziz akui kurang undian peminat.

"Masuk Big Stage ini dah satu pencapaian besar untuk saya kerana tak jangka layak ke sini, saya dapat belajar banyak benda tentang muzik dan persembahan atas pentas. Pertandingan ini sangat berbeza dengan show biasa dan menyanyi di laman sosial.

"Selepas ini saya akan sambung semula pembelajaran di Aswara, sebenarnya kalau saya masih ada dalam Big Stage mungkin saya perlu rehat belajar lagi setahun, jadi ni dah tersingkir boleh la saya sambung belajar macam biasa.

"Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya dari minggu pertama. Semoga kalian terus sokong saya sepanjang berada dalam industri ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain