suria

Usahawan kontroversi selamba susukan anak tempat awam, Liza Hanim tegur suruh jaga adab

Liza Hanim ulas tindakan seorang usahawan menyusukan anak di tempat awam.

TINDAKAN seorang usahawan kontroversi menyusukan anak di tempat awam secara terbuka mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ini termasuklah penyanyi Liza Hanim yang turut tertarik berkongsi pandangannya mengenai video tular yang dimuat naik oleh usahawan berkenaan di media sosial, baru-baru ini.

Kata Liza, 42, dia menyokong tindakan usahawan berkenaan memberikan susu badan, namun dalam masa sama haruslah menjaga kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta jangan ‘overshadow’ Aweera di konsert akhir GV8, Liza Hanim tetap akan buat yang terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim lega lihat semangat ibu lawan Covid

"Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat, baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak di khalayak dan ambil gambar.

"Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya, namun sebagai seorang saudara di dalam Islam saya memohon tolonglah jaga adab ketika breastfeeding di tempat awam.

liza 1

Liza kongsi pandangannya di Instagram.

"Saya sendiri menyusukan anak di mana-mana sahaja, malah pernah di tepi jalan di Kota Seoul (Korea Selatan) dan ya saya merakamkan gambar juga tetapi kita harus menjaga adab, aurat harus dijaga," katanya tanpa menyebut nama usahawan berkenaan.

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini menulis pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair (tidak bertudung), either way jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu

LIZA HANIM

PENYANYI

Sebelum ini, tular rakaman video usahawan kontroversi Liana Rosli atau Kak KM menyusukan bayinya yang baru berusia dua bulan di sebuah restoran mewah.

Aksi bersahaja anak pelakon veteran Normah Damanhuri ini memberikan susu badan di tempat awam mengundang pelbagai kritikan daripada netizen kerana menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

liza 2

Liza tegur tindakan usahawan kontroversi susukan anak tempat awam.

Dalam pada itu, Liza berkata luahannya ini hanyalah sekadar pandangan sebagai seorang wanita dan bersuara mengenai isu ini sebagai ingatan dirinya sendiri.

"Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair (tidak bertudung), either way jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.

"Allahuakbar sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.

"Jaga kehormatan kita sebagai wanita, jaga agama kita, InsyaAllah berkat usaha kita murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya juga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain