suria

Pertama kali beraksi secara solo di pentas AJL36, Siti Nordiana banyakkan bersenam... Elak ‘pancit’ atas pentas

Nana banyakkan bersenam untuk kekalkan stamina di atas pentas.

MAHU mengekalkan stamina semasa membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia membuat persiapan awal dengan aktif senaman.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 37, lagu Angkara nyanyiannya itu perlu menggunakan banyak tenaga dan bermain dengan emosi.

"Setakat ini persiapan untuk AJL36 sudah 60 peratus, saya pergi kelas vokal dan buat persediaan emosi sebab lagu ini bukan senang nak bawa kerana lirik dan melodinya back to back singing.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana tak sindir sesiapa, ‘Amaran’ hanya hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis setiap kali berzikir, Siti Nordiana teringat dosa lampau

"Saya memerlukan tenaga yang banyak jadi saya perlu banyak bersenam untuk kekal stamina atas pentas.

"Doakan semoga saya boleh menyanyi dengan baik, dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik... begitu juga untuk peserta yang lain. InsyaAllah," katanya kepada mStar.

Saya memerlukan tenaga yang banyak jadi saya lakukan banyak senaman untuk kekal stabil apabila di atas pentas

SITI NORDIANA

PENYANYI

Angkara ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya merupakan antara 12 lagu yang layak bertanding di pentas AJL36 yang bakal berlangsung pada 6 Mac depan.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Nana memberitahu dia teruja apabila lagu solo nyanyiannya berjaya melangkah ke pentas berprestij terbabit selepas 23 tahun bergelar penyanyi.

Nana semi final ajl

Nana teruja pertama kali lagu solo nyanyiannya layak menyertai AJL.

Kali pertama Nana beraksi di pentas anugerah berkenaan ialah menerusi lagu duet bersama Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta di AJL33 pada tahun 2019.

Dalam perkembangan lain, AJL36 bakal menyaksikan kehadiran penonton bagi menyuntik semangat kepada 12 finalis yang berentap.

Bagaimanapun, jumlah tetamu yang akan menghadiri lokasi acara iaitu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dihadkan kepada 200 orang sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya menunjukkan keputusan ujian calitan Rapid Test Kit (RTK).

Selain Angkara, 11 lagi lagu yang bakal berentap di AJL36 ialah Purnama nyanyian Naim Daniel, Lara (Naim, Hael Husaini dan Haqiem Rusli), Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Nafas Cinta (Khai Bahar), Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir) dan Cinta (Marsha Milan).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain