suria

Akibat darah beku di kepala, badan kiri Haeriyanto jadi lemah… Keluarga harap tidak jalani pembedahan

Doktor masih memantau kesihatan Haeriyanto

KEADAAN pelakon Haeriyanto Hassan yang dimasukkan ke Hospital Ampang pada Jumaat akibat darah beku di kepala kini semakin stabil.

Bagaimanapun, adik iparnya iaitu penyanyi Oja memberitahu pelakon itu masih lagi dalam pemantauan doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘real’ bawa watak lelaki dayus, Haeriyanto Hassan sebenarnya suka duduk rumah, memasak

ARTIKEL BERKAITAN: “Risau tak tentu hala, rasa macam nak mati” - Oja hidap anxiety, alami migrain teruk sebelum konsert GV7

“Disebabkan ada darah beku di kepala, ia menyebabkan bahagian kiri badannnya menjadi lemah.

“Bagaimanapun berita gembira yang boleh saya kongsi sekarang adalah keadaannya semakin baik. Kami cuma mengharapkan keajaiban berlaku,” kata Oja ketika dihubungi mStar.

oja 1

Oja (kanan) memberitahu keadaan abang iparknya kini semakin baik

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 40, juga memberitahu dia dan keluarga berharap kesihatan pelakon itu semakin pulih dan tidak perlu menjalani pembedahan.

“Kami tidak dapat ziarah di hospital kerana peraturan sangat ketat disebabkan peningkatan kes harian Covid-19. Jadi hanya bertanya khabar melalui kakak sahaja.

Syukur ramai yang mendoakan Haeriyanto kerana dia seorang yang sangat baik

OJA

PENYANYI

“Semoga abang ipar saya akan kembali sihat dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. Itu yang kami sekeluarga harapkan.

“Syukur ramai yang mendoakan Haeriyanto kerana dia seorang yang sangat baik,” kata Oja.

haeriyanto 1

Isteri Haeriyanto turut berkongsi keadaan semasa suaminya

Pada Sabtu Oja berkongsi tentang pelakon drama Kampung People itu dikejarkan ke hospital selepas keadaannya kesihatannya merosot dan sukar bergerak.

Menurutnya pembedahan segera tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah yang tinggi.

Untuk rekod Haeriyanto berkahwin dengan kakak Oja iaitu Afrinas Donny pada 2008 dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain