suria

Takut cucu terjangkit, ibu bapa Ezzaty positif Covid-19 keluar rumah waktu malam… Paling risau anak dalam pantang

Ezzaty hanya mampu melihat dari jauh bapanya mengemas sebelum berpindah sementara waktu ke Kuala Lumpur

TERKILAN dan rasa bersalah, itu luahan pelakon Ezzaty Abdullah apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain bagi menjalani kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.

Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan virus berkenaan menjangkiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah timang anak lelaki, syukur impian bersalin hari Jumaat tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Bergilir-gilir dukung nenek lanjut usia selamatkan diri, 5 ahli keluarga Ezzaty Abdullah ada dalam kereta api terbakar di Kelantan

Ezzaty, 32, yang kini dalam tempoh berpantang di rumah orang tuanya yang terletak di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu.

“Ini rumah mereka, tetapi mereka pula yang terpaksa keluar disebabkan tidak mahu memberi kesan jangkitan kepada saya dan bayi yang baru lahir.

“Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan.

ezzaty 3

Ezzaty kini sedang berpantang di rumah ibu bapanya

“Saya pun tidak boleh balik ke rumah saya kerana sedang dalam proses renovasi dan tidak sesuai untuk tinggal dengan keadaan sedang berpantang,” kata Ezzaty kepada mStar.

Menurut Ezzaty lagi, dia berasa sedih kerana tidak boleh membantu ibu bapanya mengemas barang-barang keperluan sebelum mereka berpindah buat sementara di rumah arwah neneknya di Ampang, Kuala Lumpur.

Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

“Saya melihat mereka bersusah-payah mengemas kain baju dan angkat barang masuk kereta namun tidak dapat menolong. Itu yang membuatkan saya rasa sedih dan bersalah.

“Kemudian ibu bapa saya terpaksa mengemas rumah arwah nenek itu kerana tempat tersebut tidak dihuni selepas nenek meninggal dunia.

“Sekurang-kurangnya mereka berdua di sana bebas dalam satu rumah. Adik-beradik lain juga boleh bantu menghantar keperluan makanan untuk mereka,” katanya.

Pada malam Sabtu, Ezzaty berkongsi video di media sosial menunjukkan ibu bapanya mengangkat barang sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut kelihatan anak pertama mereka iaitu Harum Dalia, 5, menangis kerana tidak dapat berpelukan dengan datuk dan neneknya.

ezzaty 2

Azwan dan Ezzaty bersama anak pertama mereka, Harum

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga bimbang jika keadaan yang berlaku ini boleh mengganggu emosi dirinya yang sedang berpantang.

“Emosi wanita yang baru lepas melahirkan anak memang tidak stabil. Saya rasa sedih dan tertekan.

“Apa lagi memikirkan keadaan anak pertama dan bayi yang baru lahir.

“Saya hanya mampu bertenang, amalkan zikir dan selawat supaya tidak menggangu emosi diri sendiri,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain