PESERTA Big Stage 2022 iaitu Ajoi Zainal dikejarkan ke Hospital Putrajaya sejurus selepas membuat persembahan di minggu keempat pada malam Ahad. Pengurus Ajoi, Aidil memberitahu penyanyi itu pitam di belakang pentas kerana mengalami masalah kesihatan. ARTIKEL BERKAITAN: Sering dikata ‘klon’ Akim Ahmad, Ajoi Zainal elak bawa lagu Akim & The Majistret ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara Ajoi Zainal meninggal dunia selepas jatuh longkang, emosi terganggu ketika buat persembahan di Big Stage 2022 “Ajoi sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. “Dia sedang menerima rawatan dan pemantauan doktor. Dia sudah sedar,” katanya. Ajoi alami masalah kesihatan hingga ganggu persembahan. Pada konsert minggu keempat itu, Ajoi menyanyikan lagu Jangan Khianati Aku yang dipopularkan Azlan & The Type Writer. Menerusi sesi komen juri, Ajoi turut memberitahu dia mengalami masalah kesihatan sehingga menggangu persembahan BS22 yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien pada malam Ahad. View this post on Instagram A post shared by AstroAWANI (@501awani) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI