PERSEMBAHAN Tuah Adzmi membawakan lagu Malam Semakin Dingin gagal memikat hati juri sekaligus tersingkir pada minggu keempat Big Stage 2022 (BS22). Datuk Syafinaz Selamat selaku Juri Pedas secara jelas memberitahu persembahan Tuah tidak memuaskan dan meminta penyanyi itu mencari sendiri kesilapannya. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ajoi Zainal pitam selepas persembahan Big Stage, kini dibawa ke hospital untuk rawatan “Secara keseluruhan memang tak sedap. “Cari sendiri apa kesalahan dalam nyanyian,” katanya. Aisha Retno dapat markah tertinggi. FOTO ASTRO GEMPAK Sementara itu, Aisha Retno sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh Elica Paujin, kedua dan Daniel Chuer di kedudukan ketiga. Tegar Septian dan Megat Rahim turut berada di kedudukan tiga terbawah. Secara keseluruhan memang tak sedap. Cari sendiri apa kesalahan dalam nyanyian SYAFINAZ SELAMAT PENYANYI/ JURI PEDAS Namun undian peminat telah menyelamatkan mereka untuk ke minggu seterusnya. Pada konsert tersebut juga, Sofiaa Marieylla tidak membuat persembahan atas masalah kesihatan. Tegar berada di kedudukan tiga tercorot. FOTO ASTRO GEMPAK BS22 yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien pada malam Ahad. Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai memainkan peranan sebagai Juri Tetap, manakala Aliff Aziz kembali duduk di kerusi Juri Juara. Datuk Seri Vida masih kekal sebagai presiden netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI