suria

Berjaga macam burung hantu siapkan ‘assignment’, Wany Kayrie bangga dapat keputusan cemerlang lagi biarpun sibuk kerja

Wani berkongsi keputusan peperiksaannya di semester 5.

BELAJAR sambil bekerja bukan sesuatu yang mudah, namun penyanyi Wani Kayrie berjaya meneruskan kecemerlangannya dalam pelajaran bagi semester ini.

Wani, 21, yang kini pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) di sebuah universiti swasta mengakui terpaksa berkorban masa tidurnya untuk menyiapkan tugasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie bukan ‘show off’ CGPA, sekadar buktikan tak lupa pelajaran - “Kalau nak kata riyak, tunggu keputusan 4 flat”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun pandu kereta terpakai, Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180 cecah RM200,000

"Simpan sini biar jadi kenangan bila dah graduate nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

Wani 2

Wani bersyukur dapat keputusan cemerlang.

"Lagi-lagi Wani full-time student di @msumalaysia dan kena seimbangkan belajar serta karier. Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan.

"Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk kelas online dekat studio dan macam-macam lagi," katanya.

Pemilik nama Syazwani Maisarah Abdullah ini turut berkongsi keputusan peperiksaannya yang cemerlang di semester lima di Instagram pada Ahad.

Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

WANI KAYRIE

PENYANYI & PELAKON

Menerusi perkongsian tersebut, Wani berjaya mendapat markah A dalam empat mata pelajaran, dua B dan hanya satu subjek mendapat C.

Biarpun mendapat markah C untuk subjek perakaunan namun penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini tetap bersyukur dengan keputusan tersebut.

Bagi Wani yang juga seorang pelakon ini, dia berbangga dengan dirinya yang bekerja keras menyiapkan segala tugasan biarpun jadual lakonannya padat.

Wani 1

Wani akui bukan mudah nak seimbangkan belajar dan karier.

"Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun finance dapat C (memang dari sekolah tak ada bakat ya kira-kira) sampailah sekarang, tapi saya bangga dengan diri sendiri untuk subject law core.

"Siang kerja, lepas itu sambung assignments sampai pagi, lepas itu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process," ujarnya.

Sebelum ini, Wani pernah berkongsi keputusan peperiksaannya di semester tiga dan empat dan menegaskan perkongsian itu bukan mahu menunjuk-nunjuk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain