suria

Ezlynn hanya pilih watak patuh syariah, ingat pesan suami supaya jaga maruah

Ezlynn lebih memilih untuk berlakon berbanding menyanyi

MENJAGA status sebagai seorang isteri, penyanyi dan pelakon Ezlynn memberitahu dia agak memilih untuk menerima tawaran berlakon.

Kata Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 40, suaminya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail tidak menghalang atau meletakkan sebarang syarat, namun dia juga menjaga kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezlynn tak kekok urus anak tiri, sedang usaha untuk hamil - “Kami cuba dan berserah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ezlynn kini isteri penderma hati pertama negara, Wan Hafizam - “Saya dah janji dengan Allah nak jadi isteri yang taat”

“Sebenarnya suami juga seorang yang sukakan seni. Jadi dia beri green light untuk saya terus berlakon dan lakukan perkara yang saya suka.

“Bagaimanapun suami sentiasa berpesan supaya saya menjaga maruah dan aurat.

“Sebab itu apabila menerima tawaran berlakon saya sangat memilih watak yang patuh syariah,” katanya kepada mStar.

ezlynn 1

Ezlynn senang suami beri green light aktif dunia seni.

Ezlynn bersyukur disebabkan suami yang meminati dan faham kerjaya seni membuatkan dia lebih tenang dan mudah untuk bekerja.

Malah, suaminya iaitu juga terbuka untuk terjun ke dunia lakonan jika diberi peluang.

“Seperti semua orang tahu suami saya merupakan seorang penderma hati yang pertama di Malaysia. Dia sudah biasa mendapat perhatian dan faham dengan dunia glamor.

Bagaimanapun suami sentiasa berpesan supaya saya menjaga maruah dan urat

EZLYNN

PENYANYI/PELAKON

“Sebenarnya dia sendiri pun mahu mencuba jika diberi peluang untuk berlakon.

“Disebabkan kami sekepala dan dia faham dengan dunia seni, maka saya rasa seronok dan tenang untuk bekerja,” ujarnya.

Ezlynn dan Hafizam mendirikan rumah tangga pada 11 September 2021.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ezlynn selepas bercerai dengan Adam Fahmy pada 2017.

ezlynn 3

Bakal tampil dalam filem Rompak bersama Daiyan Trisha dan Azhar Sulaiman

Bermula sebagai seorang penyanyi dalam industri seni, Ezlynn bagaimanapun kini meletakkan lakonan sebagai minat utama berbanding bidang nyanyian.

“Kerjaya nyanyian sudah jatuh jadi nombor dua sekarang ini.

“Saya memang minat berlakon dan terima apa sahaja cabaran yang diberikan.

“Cuma seperti yang saya katakan, watak itu haruslah patuh syariah,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain