suria

Kembali aktif sebagai pelakon, Iqram mahu buktikan dirinya tak gila

Iqram tak mahu lagi jadi artis yang hanya kejar populariti

KEMBALI aktif sebagai pelakon menerusi drama Hati Yang Dikhianati, Iqram Dinzly mahu membuang persepsi negatif orang ramai yang selama ini menganggap dirinya mengalami masalah mental.

Iqram, 41, yang kini mahu dikenali sebagai Iqram Dizlycious bagaimanapun turut meluahkan rasa ragu-ragu dengan keputusannya kembali ke dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly dilabel lelaki psiko! Mona Allen mengadu sakit kena cekik betul-betul ketika berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Mona Allen kena cekik hanya promosi drama, Iqram Dinzly sengaja hidang ‘content’ untuk netizen

“Kemunculan saya kali ini sebagai bukti bahawa persepsi orang yang mengatakan saya gila adalah salah.

“Sebenarnya saya juga masih ragu-ragu adakah ini jalan yang terbaik buat saya. Justeru saya agak memilih apabila diberi tawaran berlakon,” katanya kepada mStar.

Ditanya tentang perubahan pada nama pentas, Iqram memberitahu dia mahu membuang jauh dirinya yang dahulu kerana Iqram Dinzly sebelum ini terlalu mengejar populariti.

iqram dinzly 22

Nama Iqram sekali lagi panas gara-gara sengaja cipta content cekik Mona Allen baru-baru ini.

Sementara itu dia juga menegaskan sikap gila-gila yang sering ditampilkan di media sosial hanyalah satu watak berbeza dalam dirinya.

“Iqram Dinzly sebelum ini adalah seorang selebriti yang terlalu mengejar glamor. Sekarang saya mahu menjadi anak seni yang pentingkan karya berkualiti.

“Jika ada yang katakan saya gila, itu adalah Princhiqy dan ia sekadar satu watak lain yang saya tampilkan di media sosial,” jelasnya.

Iqram Dinzly sebelum ini adalah seorang selebriti yang terlalu mengejar glamor

IQRAM DINZLYCIOUS

PELAKON

Sering menerima kecaman sebelum ini, Iqram bagaikan sudah lali setiap kali dilempar kata-kata negatif.

Bagi Iqram, apa yang dia tonjolkan sebelum ini memberi satu pengalaman berharga untuk dia mengenal erti sebenar kehidupan.

“Apa yang telah terjadi dalam diri saya adalah satu anugerah.

“Setiap sifat dan watak yang berbeza dalam diri saya membuatkan saya lebih menghargai kehidupan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain