suria

‘Bidadari‘ ilham selepas dengar ceramah, Ezad Lazim tak sabar tonjol sisi lain

Ezad bersyukur akhirnya lagu Bidadari dapat dilancarkan.

TAMPIL dengan single terbaharu berjudul Bidadari, penyanyi Ezad Lazim mendedahkan lagu tersebut sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkata ia terpaksa ditangguhkan gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Reda tak sempat selamat barang berharga, Ezad Lazim tetap syukur isteri dan anak-anak di sisi ketika rumah ditenggelami banjir

"Sepatutnya lagu ini sudah dilancarkan pada tahun lalu, namun isu kesihatan yang melanda negara sedikit memberi kesan kepada ’timeline’ pelancaran.

Lagu ini juga menunjukkan sisi lain diri saya.

EZAD LAZIM

PENYANYI

"Saya amat bersyukur apabila ‘team’ Datu Entertainment berjaya menyiapkan lagu ini lebih awal daripada jangkaan.

"Besar harapan saya agar lagu ini dapat memenangi hati peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada saya," jelas Ezad.

Lebih menarik lagu tersebut merupakan kisah yang diilhamkan oleh penulis lirik dan komposer Don Ozel ketika mendengar ceramah seorang ustaz.

Bersyukur akhirnya lagu tersebut dapat diperdengarkan kepada peminat, penyanyi berusia 42 tahun ini menganggap ia satu karya yang sangat bermakna.

Ezad

Ezad teruja dapat menyanyikan lagu rancak.

Malah, vokalis kumpulan Exists ini turut melahirkan rasa teruja memandangkan lagu tersebut menonjolkan sisi berbezanya.

"Alhamdulillah single terbaharu saya akhirnya menemui peminat. Ia satu karya penuh makna yang menghargai keberadaan seorang wanita dalam si jejaka.

"Bidadari diilhamkan melalui pengalaman pencipta lagu ini sendiri setelah mendengar ceramah seorang ustaz.

"Saya begitu teruja dengan lagu rancak ini lain dari lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan. Lagu ini juga menunjukkan sisi lain diri saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain