suria

Niat Putra Amaris nak bina rumah untuk asnaf tercapai, berjaya kumpul dana RM100,000

Selain program Penuhkan Peti Ais, Amaris turut akan melaksanakan program Rumah Baharu Asnaf pada Ramadan.

HASRAT pelakon Putra Amaris untuk membina sebuah rumah untuk golongan asnaf bakal terlaksana pada bulan Ramadan akan datang.

Amaris atau sebelum ini dikenali sebagai Amran Ismail berkata anggaran keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut sekitar RM80,000 hingga RM100,000 yang merupakan sumbangan daripada rakan-rakan serta beberapa pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan bulan Ramadan, pejabat dan kiosk Putra Amaris dipecah masuk

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur akan memilih sebuah keluarga asnaf yang sudah berada dalam senarai mereka.

Amaris

Amaris sasaran 1,000 keluarga untuk program Penuhkan Peti Ais.

“Saya dah lama simpan niat nak buat rumah untuk golongan asnaf atau yang sangat memerlukan. Tapi kalau nak buat sendiri, memang tak mampu. Kebetulan rakan saya turut mempunyai hasrat yang sama.

“Alhamdulillah, tercetus la idea nak buat satu rumah untuk asnaf pada bulan Ramadan. Anggaran sebuah rumah untuk keseluruhan lebih kurang RM80,000 hingga RM100,000.

“Insya-Allah projek rumah ini akan bermula pada 1 Ramadan selama lebih kurang 26 hingga 30 hari. Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update.

“Buat masa ini kami sudah ada data based untuk golongan asnaf. Kami akan pilih satu keluarga yang betul-betul memerlukan rumah. Pemilihan lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya kepada mStar.

Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update.

PUTRA AMARIS

PELAKON

Amaris ditemui ketika sidang media Qaseh Infaq Ramadan #Samasamakenyang yang diadakan di Hotel Eastin Kuala Lumpur, Petaling Jaya, pada Ahad.

Dalam pada itu, Amaris memberitahu selain projek Rumah Baharu Asnaf, mereka juga mewujudkan sebuah program baharu iaitu Penuhkan Peti Ais yang menyasarkan lebih 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang.

Anggaran kos setiap keluarga sekitar RM200 hingga RM500, pelakon drama Andainya Takdir 2 ini masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberi tajaan khususnya dari segi kewangan dan barangan keperluan.

Amaris 2

Amaris bekerjasma dengan Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak.

“Selain projek rumah, saya dan team yang lain juga mewujudkan satu program iaitu penuhkan peti ais bermula Ramadan ini. Insya-Allah program itu akan melibatkan 1,000 buah rumah di sekitar Kuala Lumpur.

“Anggaran untuk kos barangan keperluan basah dan kering sekitar RM200 sehingga RM500. Alhamdulillah, tahun ini saya menerima banyak tajaan dan ramai yang hubungi saya untuk beri sumbangan.

“Tapi kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak, jutawan atau dermawan yang nak salurkan sumbangan terutama dari segi kewangan atau barangan keperluan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain