GARA-GARA dikecam tidak melakukan tugasnya selaku Presiden Netizen, usahawan sensasi Datuk Seri Vida menjelaskan masa yang diberikan pihak produksi tidak mencukupi untuk membaca komen di Twitter. Menurut Vida atau dikenali sebagai DSV, dia juga mahu menyuarakan pendapatnya seperti mana dilakukan juri memandangkan dirinya juga seorang penyanyi. ARTIKEL BERKAITAN: PA baharu Vida bukan biasa-biasa, dah ada bisnes sendiri... Tak mahu terlibat kisah peribadi bos! ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan macam robot, cepat hilang jiwa... Megat Rahim dan Syafiq Abdilah gagal ke separuh akhir Big Stage 2022 Malah, usahawan berusia 50 tahun ini meminta netizen untuk membaca sendiri komen-komen di platform tersebut. Vida dikecam gara-gara tidak melakukan tugas dengan betul. "Netizen tolong faham, saya melakukan tugas. Saya diberikan masa yang sangat singkat, hanya 30 saat. Nak baca Twitter yang diberikan produksi yang tak sesuai untuk baca. "Jadi, saya beri pandangan saya juga sebab saya adalah DSV yang 'another level'. Saya rasa boleh saja saya komen sama dengan juri. Saya pun pandai menyanyi. "Saya pun penyanyi dan lagu pernah viral sampai over the world. Netizen, bagilah saya peluang nak meluahkan pendapat saya. Anda boleh baca Twitter sendiri. "Kalau saya yang bacakan, mungkin tak sampai mesej itu. Sebab bacaan saya itu dengan loghat Kelantan. Saya kena kecam sebab tak baca Twitter," kata Vida kepada mStar. Saya diberikan masa yang sangat singkat, hanya 30 saat. DATUK SERI VIDA USAHAWAN Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dikecam netizen gara-gara tidak menjalankan tugas sebagai Presiden Netizen membaca komen di Twitter. Bukan itu sahaja, penampilan Vida pada konsert suku akhir yang berlangsung pada Ahad turut menerima pelbagai reaksi dan kritikan. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen menyamakan imej Vida pada malam itu seperti yang pernah digayakan Aina Abdul sebelum ini. Namun lebih keterlaluan apabila mereka menyamakan penampilan Vida seperti barang yang dibeli atas talian manakala Aina adalah poster kepada barangan tersebut. Vida dianggap seperti Aina Abdul tapi versi barang yang dibeli di dalam talian. Bagaimanapun Vida tidak mengambil hati dengan komen tersebut malah imej artistik tu merupakan karekter untuk lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan. "Kalau nak cakap saya kembar Aina Abdul, maksudnya saya kelihatan muda la. Tapi yang penting, saya bawa karekter untuk lagu terbaharu saya," ujarnya. Berkongsi mengenai lagu tersebut, Vida dengan yakinnya berkata video muziknya mampu memenangi anugerah berprestij seperti Oscar. "Video muzik saya boleh menang Oscar! Insya-Allah 20 Mac depan akan dilancarkan. Saya keluarkan kos RM400,000 untuk MV. "Saya keluarkan kos yang tinggi pun tak dapat apa. Tapi saya nak saham akhirat yang mana kita nak dekat Ramadan, saya nak anda donote untuk saya bagi kepada yang memerlukan. "Anda beri sumbangan melalui lagu saya itu, dan saya akan bawakan sumbangan itu kepada masjid sempena bulan Ramadan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!