KETIADAAN peserta Big Stage 2022 Aisha Retno ketika segmen penyingkiran pada konsert suku akhir yang berlangsung pada Ahad mengundang tanda tanya netizen. Dikhabarkan kurang sihat, pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata dia sememangnya mengalami muntah-muntah disebabkan penyakit gastrik sebelum membuat persembahan. ARTIKEL BERKAITAN: Bahu terasa berat, Aisha Retno sempat baca ayat Kursi sebelum nyanyi lagu Lathi ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan Aisha Retno buat Siti Nurhaliza menangis... Sebak teringat arwah Siti Sarah Menurut penyanyi berusia 21 tahun itu, dia diminta oleh pihak produksi untuk terus pulang berehat tanpa menghadiri segmen penyingkiran dan sidang media. Aisha mendapat markah tertinggi sebanyak 97 peratus. "Alhamdulillah, tak ada apa yang serius dan saya tak ada pun pangsan. Tetapi saya mengaku yang saya memang kurang sihat. "Saya ada beberapa kali alami muntah... mungkin disebabkan penyakit gastrik. Benda ini dah biasa tapi mungkin sebab malam tadi saya kurang sihat. "Saya diberitahu pihak berkenaan untuk saya lebih baik pulang terus dan tidak menghadiri segmen penyingkiran," kata Aisha ketika dihubungi mStar. Konsert suku akhir Big Stage 2022 menyaksikan Aisha yang menyampaikan lagu Bengawan Solo nyanyian asal Hetty Koes Endang itu menduduki tempat pertama. Saya sentiasa tanam dalam fikiran untuk buat yang terbaik. AISHA RETNO PENYANYI Malah, Aisha turut memecah rekod mendapat markah tertinggi sebanyak 97 peratus daripada barisan juri tetap iaitu Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz. Persembahan Aisha bukan sahaja mendapat pujian ramai malah, Ajai dan Siti Nurhaliza juga memberi standing ovation kepadanya. Biarpun dalam keadaan tidak sihat, namun penyanyi lagu Nukilanku itu tetap berjaya memberikan persembahan yang terbaik. Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza beri standing ovation kepada persembahan Aisha. "Saya nak buat persembahan terbaik setiap minggu, tak kisah sakit atau dalam keadaan macam mana pun. Tetap saya kena buat persembahan sebaik yang mungkin. "Sebab orang tak tahu kita sakit ke atau buat pembedahan ke... sebab orang nak tengok kita buat persembahan yang baik sahaja. Itu yang saya tetap lakukan. "Orang nak tengok kita punya magic atas pentas. Belakang punya cerita, lupakan. Saya sentiasa tanam dalam fikiran untuk buat yang terbaik," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!