GARA-GARA komen juri yang melihatnya seperti 'Bella Hadid' pada konsert minggu kelima Big Stage 2022, penyanyi Danial Chuer mengakui perkara tersebut menganggu fikirannya. Malah, menurut Danial atau nama sebenarnya Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, dia terpaksa berusaha lebih gigih bagi memastikan persembahan malam suku akhir Ahad lalu tidak disamakan dengan penyanyi asal. ARTIKEL BERKAITAN: Suara tak keluar, badan lemah... Danial Chuer tak buat persembahan di konsert kedua Big Stage gara-gara keracunan makanan Danial yang membawakan lagu Hatinya Tak Tahan nyanyian asal Noraniza Idris berfikiran positif dan membuktikan dirinya tidak dibayangi mana-mana artis lain. Persembahan Danial mendapat pujian. "Tipulah sebagai individu rasa tidak terganggu. Sebenarnya saya agak terganggu selepas beberapa hari orang asyik gelar saya 'Danial Hadid, Bella Hadid'. "Saya tahu netizen mesti fikir bila saya dapat lagu Noraniza Idris mesti akan anggap saya akan jadi lagi seperti Bella Hadid lagi. "Tapi selepas beberapa hari, saya anggap ia sekadar lawak. Saya ambil secara positif sebab saya cabar diri buktikan tanggapan orang itu salah," katanya kepada mStar. Pada minggu lalu, Danial yang menyanyikan lagu Gila menerima komen panas daripada juri pedas Datuk Syafinaz Selamat yang menyamakan cara dia berjalan seperti model antarabangsa Bella Hadid. Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza setuju dengan komen Syafinaz dan meminta Danial agar lebih maskulin pada persembahan akan datang. Tapi selepas beberapa hari, saya anggap ia sekadar lawak. Saya ambil secara positif sebab saya cabar diri buktikan tanggapan orang itu salah DANIAL CHUER PENYANYI Dalam pada itu, pada persembahan suku akhir, penyanyi berusia 21 tahun ini menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 91.6 peratus. Malah, persembahan Danial turut menerima pujian daripada barisan juri tetap iaitu Ajai, Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz. Dalam pada itu, Danial mengakui minggu suku akhir memberi cabaran kepadanya terutama dari segi lagu dan persepsi orang terhadapnya. "Sangat mencabar minggu suku akhir. Benda yang saya fikir bila dapat lagu Hatinya Tak Tahan ini dari segi feminine. Saya tak nak digelar Danial Hadid lagi. Danial dapat step tarian sehari sebelum persembahan. "Takut selepas ini, digelar Danial Idris pula. Memang memberi tekanan sebab lagu itu saya tak pernah menyanyi dan lagu Noraniza Idris itu juga antara yang susah. "Orang kenal saya dengan lagu bergenre jazz, balada dan blues. Bila dapat tugas ini, saya fokus kepada vokal. "Saya dapat step untuk menari pun pada petang, Sabtu. Hanya 24 jam saja untuk berlatih dan itu juga cabaran untuk saya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!