PENGALAMAN ditahan atas tuduhan memiliki dadah menjadi satu kenangan manis buat pelakon Niezam Zaidi. Peristiwa tersebut benar-benar membuatkan Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 30, sedar dan banyak mendekatkan diri pada Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Kes dadah berakhir, Niezam Zaidi lebih tenang... Mengaku salah dan didenda RM4,000 ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi ‘update’ IG beberapa jam selepas bebas dengan ikat jamin kes dadah - “Saya minta maaf jika ada salah dan silap” “Mungkin orang anggap apa yang telah berlaku sebagai satu kenangan pahit, tetapi bagi saya ia sangat manis. “Tiada siapa yang mahu duduk dalam lokap, tetapi di situ saya merasakan dekat diri dengan Allah. Ketika itu saya hanya berdoa hanya Allah yang boleh membantu saya. “Sebab itu saya katakan pengalaman tersebut sangat bermakna buat saya,” katanya ketika dihubungi mStar. Pengalaman ditahan kerana memiliki dadah jadikan Niezam lebih matang Pada Oktober tahun lalu, Niezam ditahan dan dijatuhkan hukuman denda RM 4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar selepas mengaku bersalah memiliki dadah. Dalam pada itu, Niezam berkata apa yang berlaku itu bagaikan satu teguran dari Allah supaya dia memperbaiki dirinya menjadi lebih baik. Dia juga tidak pernah berdendam atau menyalahkan mana-mana pihak yang melaporkan kegiatannya sehingga tertangkap. Jika dia tidak buat laporan polis mungkin saya belum sedar sehingga hari ini NIEZAM ZAIDI PELAKON “Allah dah tegur saya, jadi kalau tak sedar tak tahulah nak cakap apa. “Benar saya seorang pendosa, apa yang sudah berlaku itu adalah kisah peribadi dan saya maafkan orang yang membuat laporan polis terhadap diri saya. “Jika dia tidak buat laporan polis mungkin saya belum sedar sehingga hari ini,” ujarnya. Sementara itu, Niezam juga memberitahu dia akan kembali aktif sebagai pelakon selepas lima bulan berehat daripada sebarang aktiviti seni. Niezam kini kembali aktif berlakon Katanya, dia bersedia berdepan dengan pandangan serong masyarakat terhadapnya selagi tidak menjejaskan minatnya sebagai anak seni. “Saya tidak boleh nak tutup mulut orang dan saya juga tidak hidup atas persepsi orang lain. “Minat dan semangat saya adalah berlakon. Selagi badan ini mampu saya akan terus menerima tawaran berlakon. “Ketika nafas terhenti sahaja saya akan tamatkan perjuangan dalam dunia seni ini,” ujarnya. Niezam kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Rompak. Dia juga bakal tampil dalam sebuah filem di Astro First berjudul Giler Chaos. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!