BERMULA sebagai pendengar setia segmen Suria Cinta, kini pengacara Anna Aljuffrey menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM. Menurut Anna atau Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 31, dia tidak menunggu masa yang lama untuk kembali menjadi penyampai radio setelah meninggalkan stesen THR Gegar pada Ogos tahun lalu. “Sudah sekian lama saya memasang impian untuk jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM. ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM mencatat peningkatan jumlah pendengar mingguan lebih 11 peratus, tempat keempat stesen radio berbahasa Melayu ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM lancar platform e-dagang, pendengar boleh beli barangan eksklusif di Kedai Suria! “Sebagai pendengar setia Suria FM terutamanya Suria Cinta, Anna tidak menolak peluang ini,” katanya kepada mStar. Setelah menyertai Suria FM, Anna diberi tanggungjawab mengendalikan segmen baharu Suria Pagi Show bersama Anna J. Anna akan ke udara bermula 19 Mac ini pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pukul 6 hingga 10 pagi. Anna J akan mengendalikan segmen baharu Suria Pagi Show. Menerusi segmen berkenaan, pendengar akan dihiburkan dengan seleksi lagu popular 90an dan terkini disamping perbincangan isu menarik dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, segmen bersama Anna J ini juga akan memberi peluang kepada pendengar setia Suria FM berbual secara langsung mengenai topik harian dan memilih lagu kegemaran sendiri untuk dimainkan di radio. Tambah Anna, dia mahu menarik lebih ramai pendengar muda memilih Suria FM sebagai stesen pilihan ramai. Sudah sekian lama saya memasang impian untuk jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM. ANNA J PENYAMPAI RADIO “Saya akan berusaha memenangi hati peminat setia Suria FM dan menarik minat lebih ramai pendengar muda dengan pengisian yang lebih segar dan terkini dengan menggunakan pendekatan media sosial dan segmen yang santai agar pendengar akan merasa lebih dekat dengan Anna,” katanya. Sementara itu menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk menambah barisan penyampai sedia ada dalam usaha memperkukuhkan lagi jenamanya dalam industri Radio di Malaysia. Sebelum menyertai Suria FM, Anna merupakan penyampai radio THR Gegar. “Selain menawarkan kandungan siaran yang lebih bervariasi, kali ini kami akan turut memberi tumpuan kepada segmen di hujung minggu dalam menambat hati pendengar sedia ada juga pendengar baru termasuk pihak penaja. “Pemilihan Anna J amat bersesuaian dengan misi Suria tahun ini. Berbekalkan pengalamannya disamping gaya penampilan yang tersendiri, kehadiran Anna J dilihat mampu melengkapkan percaturan strategi Suria FM dalam bersaing secara proaktif dan agresif. “Segmen Suria Pagi Show Bersama Anna J yang akan ke udara tentunya bakal menceriakan hujung minggu pendengar dengan kandungan yang lebih segar, informatif dan interaktif,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!