suria

[VIDEO] Shakilla Khoriri aminkan doa netizen andai berjodoh semula dengan Fizi Ali, video sambut ‘birthday’ anak buat ramai terharu

Netizen tetap mendoakan agar Shakilla dan Fizi kembali bersama.

PERKONGSIAN video memaparkan pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka bersama menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti teruja melihat Shakilla, 32, dan Fizi, 32 tetap meluangkan masa bersama anak mereka biarpun sudah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Shakilla Khoriri tersinggung kisah cerai jadi gurauan radio, Suria FM akan teliti rakaman

ARTIKEL BERKAITAN: Cepatnya lelaki ‘move on’, netizen tuduh Fizi Ali gatal cuba pikat wanita di TikTok... Siap terkait punca bercerai

Mengakui bukan mudah untuk berkumpul semula sebagai sebuah keluarga, Shakilla berkata semua yang dia dan Fizi lakukan demi kebahagian anak mereka, Ameena Sofia.

"Saya akan buat apa saja untuk bahagiakan Ameena. Tak kisah la hari lahir dia atau apa saja, kami akan cuba bersama. Mungkin benda ini akan menyakitkan saya atau Fizi.

"Sebab macam kumpul semula kenangan. Saya tak kisah sebab antara kami dah berakhir. Macam mana kami ibu bapa Ameena dan sebulat suara untuk beri kasih sayang pada Ameena.

"Memang sakit nak melalui sebab banyak momen bersama dan kena wujudkan demi Ameena. Semua kekuatan untuk buat semua ini saya dapat daripada Ameena," katanya kepada mStar.

Shakilla memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Ameena Sofia yang ketiga di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik.

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Shakilla berkata majlis tersebut sepatutnya dihadiri rakan-rakan anaknya namun perancangan terpaksa diubah disebabkan faktor kesihatan.

Sebelum ini, anak perempuan Shakilla dan Fizi disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac lalu dan menjalani tempoh kuarantin di rumah sahaja.

Sementara itu, Shakilla menerima baik doa netizen yang mahu melihat dia dan Fizi kembali bersatu sebagai suami isteri.

Bagaimanapun pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini reda dengan takdir dan aturan kehidupannya dan Fizi yang sudah disusun oleh Allah.

"Saya hanya mampu aminkan saja doa orang yang berharap kami kembali bersama. Setiap hari saya berdoa saya atau Fizi menemukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami lalui.

shakilla 2

Fizi turut bersama menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.

"Kalau ditakdirkan Fizi yang terbaik untuk saya dan Ameena, Allah akan makbulkan tetapi kalau Allah kata hubungan kami cukup sampai di situ, hanya takdir untuk berkahwin, itu pun saya terima.

"Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik. Kita yang baik, Allah akan beri yang baik. Saya percaya Allah akan beri sinar kepada saya dan Fizi," ujarnya.

Fizi yang juga penyampai radio Suria FM dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021.

Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain