suria

Gugur air mata jantan Ayie Floor88, menangis atas pentas... Pernah gaduh sampai keluar ‘group WhatsApp’

Ayie sebak semasa menyanyikan lagu Sahabat.

PERSAHABATAN akrab yang sudah lama terjalin sesama ahli kumpulan Floor88 membuatkan vokalisnya iaitu Ayie menitiskan air mata ketika menyampaikan lagu Sahabat semasa Konsert Floor88 yang berlangsung pada malam Ahad.

Menurut Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 24, banyak kenangan pahit dan manis dicipta mereka sepanjang 10 tahun membina nama dalam industri muzik tanah air.

"Memang kena dengan tajuk lagu itu iaitu Sahabat... kalau nak tahu lagu itu dihasilkan semasa kami semua tengah bergaduh. Ketika itu suasana agak tegang sampai ada antara kami tinggalkan group WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli kumpulan Floor88 dapat durian runtuh! Terkejut ada pihak ‘sponsor’ tunai umrah, tolak banyak ‘job’ hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: Jantina anak masih samar-samar, Ayie Floor88 mahu jadikan kejutan

"Ada yang jatuh sakit dan berlaku sedikit drama. Disebabkan perselisihan faham itulah kami keluarkan lagu ini. Sejujurnya memang lagu ini sangat emotional dan beri kesan cukup mendalam buat kami semua.

"Tambah membuatkan saya lebih terharu dan sebak apabila melihat sendiri sahabat dan penyokong yang hadir pada malam konsert tak henti-henti memberi sokongan sejak awal pembabitan kami dalam bidang ini," katanya kepada mStar.

ayie 1

Floor88 terharu sokongan peminat dan penyokong mereka.

Ayie ditemui selepas Konsert Eighty8 Infinity Floor88 yang diadakan di Grand Barakah Hotel Ampang, Selangor pada malam Ahad.

Floor88 yang dianggotai oleh Ayie, Achoi, Akram, Amir, Eric Fuzi dan Falique menyampaikan 12 buah lagu di hadapan lebih 500 orang penonton.

Sebelum merealisasikan konsert ini kami berdepan banyak masalah, syukur Alhamdulillah ada mereka di belakang ini yang membantu sampai jadi.

ERIC FUZI

AHLI KUMPULAN FLOOR88

Konsert selama tiga jam itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi jemputan iaitu Caramelt Band, Kizo dan Apak Harry Khalifah.

Bercakap mengenai konsert berkenaan, Eric meluahkan rasa bangga kerana akhirnya Floor88 dapat melakukan konsert sulung meskipun dalam skala kecil.

ayiee

Floor88 mahu hasilkan karya terbaik untuk peminat.

"Konsert ini 100 peratus dijayakan oleh kawan-kawan saya, mereka semua yang bantu sejak mula sampai berakhir semuanya.

"Sebelum merealisasikan konsert ini kami berdepan banyak masalah, syukur Alhamdulillah ada mereka di belakang ini yang membantu sampai jadi.

"Bagi kami ini permulaan yang baik meskipun konsert hanya dalam skala kecil tapi sambutan sangat baik, kami sangat gembira. InsyaAllah selepas ini kita akan buat lebih besar.

"Kami berjanji untuk bagi karya lebih menarik supaya peminat akan terus menyokong kami. Sokongan anda semua sangat kami hargai," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain