suria

[VIDEO] Siti Nurhaliza tak mahu menjerit, nyanyi lagu ‘Semalam’ ikut kemampuan... Paling penting relaks dan sedap didengar

PERSEMBAHAN duet Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul di pentas akhir Big Stage 2022 mencuri tumpuan ramai hingga menjadi topik bualan di media sosial.

Walaupun ramai yang memuji kemantapan vokal mereka, namun ada juga yang membandingkan kualiti nyanyian Siti dan Aina terutamanya berkaitan tone atau nada suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage dituduh kacau rating AJL36, siap bagi Tokti buat ‘closing’ tema ‘This Is Siti Nurhaliza’ imbau zaman lagu Nirmala

ARTIKEL BERKAITAN: Elica Paujin juara Big Stage 2022, padam impian Daniel Chuer dan Aisha Retno... Bawa pulang RM100,000

Namun bagi Siti, dia memilih untuk menyanyikan lagu Semalam milik Aina dengan cara dan kemampuannya sendiri.

"Semestinya suara dia tinggi dan saya tak perlu pergi ke arah itu... tak perlu menjerit.

"Saya lebih kepada menyanyi dengan cara yang relaks dan semampunya serta sedap didengar," katanya kepada mStar.

tok ti 1

Persembahan memukau Siti dan Aina di pentas akhir Big Stage 2022

Pada konsert akhir Big Stage 2022 yang berlangsung pada Ahad, Siti muncul menyanyi lagu Semalam manakala Aina tampil membawakan lagu hit penyanyi nombor satu negara itu iaitu Purnama Merindu.

Tambah Siti dia juga meminta supaya susunan lagu berkenaan digubah semula mengikut kesesuaian vokalnya kini.

Semestinya saya tidak lepas peluang untuk minta Aina ciptakan lagu untuk saya

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Saya rearrange balik susunan lagu itu, mengikut kesesuaian dan kemampuan saya.

"Aina juga menyampaikan lagu saya dengan sangat bagus, waktu saya pilih lagu ni saya tahu dia boleh bawa dengan baik.

"Kalau peminat suka, semestinya saya pun gembira," katanya.

Dalam pada itu Siti akui industri muzik kini memerlukan generasi pelapis yang berbakat besar seperti Aina untuk menghasilkan karya berkualiti.

tok ti 22

Antara komen netizen tentang persembahan Siti dan Aina

"Pada peringkat usia saya sekarang ini, kami perlukan pelapis muda seperti Aina.

“Dia adalah seorang generasi baru yang sangat bagus dan berkualiti,” ujarnya.

Mengagumi bakat penyanyi itu, Siti turut mendapatkan khidmat Aina untuk menggubah sebuah lagu baharu untuknya.

"Semestinya saya tidak lepas peluang untuk minta Aina ciptakan lagu untuk saya.

"Dia seorang penyanyi yang pandai bermain muzik, jadi Aina boleh hasilkan sebuah lagu yang sangat bagus,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain