suria

Tegar Septian nak bina rumah baharu guna duit Big Stage 2022, buat modal buka bisnes jual makanan

Tegar juga mahu gunakan wang kemenangan untuk mulakan perniagaan.

MEMBINA rumah baharu dan mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan adalah keutamaan penyanyi dari seberang, Tegar Septian setelah selesai Big Stage 2022.

Ujar Tegar, 22, dia mahu membelanjakan wang kemenangan RM10,000 untuk menyara keluarganya di Indonesia.

“Apabila bertanding mesti mahu menang, tetapi saya tidak terlalu meletakkan harapan ke arah itu. Saya terima rezeki yang telah diberikan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu rindu anak dan isteri, Tegar terpaksa kuatkan semangat... Setiap hari hubungi tanya khabar

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar sertai Big Stage 2022 demi ubah hidup keluarga, terpaksa tinggal isteri dan anak usia 2 tahun di Indonesia

“Wang kemenangan ini akan saya gunakan untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan... mungkin berniaga makanan.

247648047_432853251600246_6765860967330117153_n

Tegar jadi penyanyi jalanan untuk mencari rezeki buat keluarga.

“Selain itu saya mahu beli keperluan untuk berkarya seperti sebuah gitar baharu,” katanya kepada mStar.

Big Stage 2022 menyaksikan Tegar menduduki tempat kelima program nyanyian tersebut.

Bergantung kepada pandangan setiap orang tentang penyanyi jalanan... bagi saya ia satu pekerjaan.

TEGAR SEPTIAN

PENYANYI

Sepanjang lapan minggu berjuang di pentas Big Stage 2022, Tegar akui banyak menimba pengalaman dan sedikit sebanyak mengubah hidupnya.

“Kalau dahulu saya lebih santai sahaja tetapi sekarang ia mengajar saya untuk bekerja lebih gigih dengan kemampuan yang dimiliki.

“Selain itu saya juga banyak belajar tentang teknik vokal,” ujarnya.

tegar 1

Berduet bersama Sufi Rashid di konsert akhir Big Stage.

Dalam pada itu Tegar berkata walaupun bergelar artis rakaman, dia tidak merasa malu untuk kembali menjadi penyanyi jalanan seperti mana yang pernah dia lakukan sebelum popular dahulu.

Jelasnya, menyanyi di jalanan juga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki mengikut kemampuannya.

240489441_430622948282400_7252535887245592042_n

Tegar tidak kisah untuk menjadi penghibur jalanan demi mencari rezeki.

“Bergantung kepada pandangan setiap orang tentang penyanyi jalanan. Bagi saya ia satu pekerjaan kerana dapat membantu mencari wang untuk membeli makanan.

“Ketika kita sedang berhadapan dengan Covid-19, susah untuk menerima undangan menyanyi.

“Jadi saya tidak malu untuk menjadi penyanyi jalanan demi mencari rezeki,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan