suria

Netizen tegur loghat Thailand Mawar Rashid nampak tak ori... Siap tuduh guna Google sebelum cakap!

Mawar tak kisah kritikan netizen mengenai cara pertuturannya dalam bahasa Thailand.

KERAP berkongsi video bertutur dalam bahasa Thailand, pelakon Mawar Rashid ditegur netizen kononnya loghat digunakan tidak betul dan bukan cara orang Thailand bercakap.

Enggan melatah dengan komen netizen itu, Mawar, 26, mengakui masih belum fasih bertutur dalam bahasa Thailand dan sedang belajar memperbaiki cara percakapannya itu.

"Ibu saya memang orang Thailand dan bapa saya orang Kelantan jadi di rumah kami jarang bertutur bahasa Thai... tapi nenek belah ibu saya tak boleh berbahasa Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Thai, daripada situlah saya belajar. Saya juga pernah tinggal di Thailand selepas habis belajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bidang perniagaan bantu Mawar Rashid perbaiki cara bercakap

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Mawar Rashid turun 5 kg, sebulan hilang selera makan gara-gara Covid-19

"Yang kelakarnya apabila ada yang kata saya Google dahulu sebelum bercakap bahasa Thailand. Saya akui mungkin cara percakapan saya tidaklah selancar orang Thai tapi saya masih mampu bertutur dan memahami apa yang mereka sampaikan.

mawar t 1

Mawar jawab persoalan netizen di TikTok.

"Kadang-kadang kalau ada ayat atau perkataan saya tak faham, saya akan tanya mummy (ibu) terlebih dahulu... tanya betul tak apa saya cakap ni," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi aplikasi TikTok, Mawar berkongsi komen ditulis seorang netizen yang mempersoalkan mengenai loghat bahasa Thailand yang digunakan olehnya.

Saya ni jarang kecil hati dengan netizen... tapi sebagai manusia mestilah terkesan kalau ada tulis kata-kata pedas.

MAWAR RASHID

PELAKON

"Siam Chiangmai pun tak cakap loghat macam ni sis! Ini bukan orang Thailand asli, saya orang Thai ori saya tahu," komen netizen.

Meskipun video dikongsi olehnya itu menerima komen negatif, isteri kepada Raf Yaakob ini berkata dia tidak berkecil hati dengan pandangan netizen itu.

mawar t 3

Mawar berdarah kacukan Melayu dan Thailand.

"Saya ni jarang kecil hati dengan netizen... tapi sebagai manusia biasa mestilah saya terkesan kalau ada tulis kata-kata pedas, cumanya kalau komen dekat TikTok saya tak ambil serius sangat sebab niat saya hanya nak hiburkan orang.

"Biasalah budak 10 tahun pun main TikTok dan mereka pun masih belum matang lagi. Saya anggap mereka bergurau atau nak main-main sahaja, jadi saya tak ambil serius sangat.

"Video tu pun saya buat sekadar suka-suka sahaja, kadang-kadang apabila saya pergi ke mana-mana dan bercakap bahasa Thai orang macam kagum, malah kawan-kawan baik pun dulu minta saya buat banyak-banyak video cakap bahasa Thailand," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain