suria

Buat hal! Iqbal dituduh calit minyak dagu dekat Vida... Reaksi tak selesa, mengelak disentuh cetus tanda tanya netizen

Berdasarkan video tular, Vida kelihatan tidak selesa apabila didekati Iqbal.

VIDEO tular usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mendekati Datuk Seri Vida pada konsert akhir Big Stage 2022 Ahad lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Berdasarkan gerak tubuh Vida, dia kelihatan tidak selesa apabila Iqbal, 28, menghampirinya di tempat duduk presiden netizen di hadapan pentas.

Lebih panas apabila netizen mendakwa Iqbal yang juga bekas peserta Big Stage 2022 cuba meletakkan minyak pengasih kepada Vida.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya belum habis lagi kisah Vida, Iqbal! Geram muka kena pangkah dalam MV... Dedah rahsia cincin permata RM100,000

Menyedari wujudnya tuduhan liar itu, Iqbal bagaimanapun menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

"Kecoh fitnah saya letak minyak mayat pada DSV. Rasa nak marah tapi kena sabar. Saya rasa lucu apabila orang kata saya letak minyak perahan daripada mayat.

"Letak minyak dagu dekat DSV. Orang-orang macam ini mungkin rasa bangga apabila ia viral, bangga fitnah orang. Dan keturunan saya tak ada main benda itu.

"Tapi tak apa, saya tak kisah pun, teruskanlah saya tidak simpan dalam hati pun," katanya.

Menjelaskan tentang situasi pertemuannya dengan Vida seperti yang dilihat dalam video berkenaan, Iqbal berkata dia sebenarnya mahu bergambar dengan bekas kekasih tak jadinya itu.

Selain itu Iqbal berkata dia juga berhasrat untuk menunjukkan cincin pemberian Vida namun permintaan ditolak penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu.

Saya rasa lucu apabila orang kata saya letak minyak perahan daripada mayat.

AHMAD IQBAL

USAHAWAN

Dalam pada itu menerusi Instastory, Iqbal turut memuat naik paparan skrin komen yang mengatakan dia mengejar Vida ketika usahawan itu mahu pulang.

"Sebenarnya DSV memang tak nak jumpa dia. Tiba-tiba dia datang dekat DSV. Masa nak balik pun dia kejar kami, tapi kami lari. Nak viral la tu," tulis individu pada komen berkenaan.

Menjelaskan perkara tersebut, Iqbal berkata dia sanggup menebalkan muka untuk mengejar Vida kerana ingin meleraikan krisis antara mereka.

Iqbal menegaskan tindakannya itu bukan disebabkan mahu mengejar populariti malah dia kini sibuk menerima banyak tawaran program TV dan drama.

Iqbal 1

Iqbal beri penjelasan di Instastory miliknya.

"Ini kenyataan daripada PA DSV. Tidak mengapalah, saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya.

"Tidak mengapa orang tertawakan saya. Saya cuma mahu leraikan krisis yang berlaku dan mahu naturalkan keadaan sahaja. Apakah kerana saya sudah sendu?

"Tidak sama sekali. Ada ketika saya cuma tidak mahu aktif di media sosial. Hakikatnya setiap hari saya terlibat dengan empat program TV.

"Drama pun saya dapat tiga tawaran lagi sekarang. Kita tak memikirkan tentang populariti lagi," ujarnya.

Sebelum ini, konflik membabitkan Iqbal dan Vida semakin berlarutan apabila jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa lagu dan video muzik (MV) Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain