suria

Shaza Bae pasrah didukung Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kecaman netizen

Netizen anggap tindakan Nadhir dukung Shaza sama seperti isu panas melibatkan Zul Ariffin.

PERKONGSIAN video di TikTok Shaza Bae memperlihatkan aktres itu didukung oleh aktor Nadhir Nasar mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Nadhir dan Shaza yang turut disamakan dengan isu aktor Zul Ariffin melakonkan babak panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaza Bae terima amaran jangan kacau 'boyfriend' Janna Nick - “Pernah juga orang tanya, sampai bila saya nak jadi perampas?”

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin hadir ke SKMM, dua jam beri keterangan isu klip aksi ghairah

Terbuka menerima kecaman dan kritikan netizen, Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 26, menjelaskan dia hanya ingin berkongsi rakaman di sebalik penggambaran babak tersebut.

Shaza 1

Antara komen yang kecam Shaza dan Nadhir.

"Saya dan Nadhir ada membaca komen-komen netizen yang kecam kami. Tapi tak jangka orang akan marah sebab saya hanya nak tunjuk behind the scene saja.

"Bagi saya, video itu jauh sekali dengan isu Zul Ariffin. Saya terbuka dan terima semua komen kritikan dan kecaman. Kami tak ada rasa sedih atau rasa apa-apa.

"Cuma kami rasa kelakar apabila baca semua komen sebab tak jangka orang akan respons begitu," kata Shaza ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Video Nadhir mendukung Shaza sehingga 'off camera' itu merupakan rakaman di sebalik tabir salah satu babak drama lakonan mereka berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.

Saya pun tak ada keberanian nak buat adegan panas yang melampau.

SHAZA BAE

PELAKON

Menerusi kapsyen di perkongsian tersebut, Shaza memberitahu babak Nadhir mendukungnya tidak terdapat di dalam skrip.

Menurut Juara Dewi Remaja 2019/2020 itu, Nadhir menambah baik babak tersebut bagi menjiwai wataknya dan ia juga diterima oleh pengarah drama tersebut.

Bagaimanapun, Shaza menjelaskan biarpun dia terbuka untuk melakonkan babak seperti itu namun tetap mempunyai batasan dalam lakonannya.

"Ikutkan sebelum ini pun ada juga babak angkat macam itu. Memang dalam skrip tak ada pun babak Nadhir angkat saya tapi dia improvise berdasarkan apa yang dia rasa.

Shaza 2

Shaza tiada keberanian untuk lakonkan aksi panas.

"Pengarah pun okay dengan babak itu. Tiada pun aksi yang melampaui batas. Kalau ada babak yang saya tak selesa, saya akan beritahu terus kepada pengarah.

"Saya tak ada keberanian nak buat adegan panas yang melampau. Lagipun, saya baru setahun jagung dalam industri. Banyak benda saya nak explore tapi tetap ada batasan," ujarnya.

Selain Shaza dan Nadhir, drama yang ditayangkan di Astro Ria bermula 3 April depan turut dibintangi oleh Emma Maembong dan Fikry Ibrahim.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

@shazabae Dah pukul sweet sweet pula. Psycho.

Artikel Lain