suria

Ditegur bergelek sakan dan pakaian seksi, Beby Acha sensitif netizen kaitkan arwah Achik... Nak marah tapi kena sabar!

Beby Acha terkilan apabila nama arwah abangnya menjadi sebutan netizen.

MEMILIKI ramai pengikut di aplikasi TikTok, penyanyi Beby Acha mengakui tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen.

Menurut Beby Acha atau nama sebenar Nur Aishah Md Shari, 31, kebanyakan netizen menegur mengenai tarian dan pemakaiannya yang dikatakan agak seksi dalam video itu.

Meskipun terbuka dengan sebarang kritikan, Beby Acha bagaimanapun berkata emosinya sedikit terganggu apabila arwah abangnya iaitu Allahyarham Achik Spin turut dikaitkan dalam isu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Bukan nak lawan suara arwah, tapi hakikatnya kami memang boleh menyanyi" - Beby Acha tak kisah dikaitkan dengan Achik Spin

ARTIKEL BERKAITAN: Beby Acha takut peminat salah faham, keliru penyanyi sebenar lagu 'Jerung Merah' - "Saya kenal yang sebelah, tiada istilah tiru"

"Abang saya sudah tiada tapi mereka tetap kaitkan dengan arwah apabila nak tegur tentang pemakaian saya dan sebagainya. Sejujurnya semasa baca tu memang rasa nak marah tapi kita kena sabar.

"Hal melibatkan ahli keluarga ini agak sensitif, lagi-lagi apabila mereka sebut tentang arwah abang kita yang memang ramai orang kenal... bagi saya yang bermasalah itu saya, bukan ahli keluarga lain.

beby 3

Beby Acha kerap kongsi video di TikTok.

"Kalau kecam saya sahaja tak apa, tapi apabila kaitkan dengan arwah rasa sedikit terkilan. Kalau komen teguran lain itu saya okay sahaja dan terima dengan hati terbuka," katanya kepada mStar.

Beby Acha ditemui semasa majlis ramah mesra artis baharu naungan Rusa Music dan MVM yang diadakan di pejabat urusan syarikat berkenaan di Puchong, Selangor pada Rabu.

Tujuan saya main TikTok untuk mempromosikan lagu dan buat challenge untuk tarik follower di aplikasi berkenaan.

BEBY ACHA

PENYANYI

Beby Acha yang terkenal menerusi lagu Jerung Merah ini memiliki hampir 350,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Tajul ini berkata dia membaca semua komen yang ditulis netizen itu dan menjadikannya sebagai panduan bagi memperbaiki diri.

beby acha 3

Beby Acha berduet dengan Farez Adnan dalam lagu terbaharu Mama Bonita.

"Baik atau buruk komen mereka, saya ambil sahaja. Kadang-kadang kita tak perasan dan bila mereka tegur barulah kita tahu mana silap, selepas itu kita cuba perbaiki apa yang kurang.

"Saya baca semua dan ambil teguran netizen itu tapi tak perlulah sampai nak berbalas komen. Mereka hanya sekadar menulis pandangan, kalau kita rasa tak betul, abaikan sahaja.

"Tujuan saya main TikTok untuk mempromosikan lagu dan buat challenge untuk tarik follower di aplikasi berkenaan. Bukannya nak bergelek sangat pun," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Beby Acha kini sedang mempromosikan lagu terbaharu berjudul Mama Bonita duet bersama Farez Adnan.

Muzik lagu tersebut sudah boleh ditonton di saluran YouTube MVM Music sejak Isnin lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain