suria

Anuar Zain tak berani jumpa bayi selagi belum habis pantang… Anak Ernie Zakri pun tengok dalam gambar saja

Anuar Zain hanya melawat bayi selepas selesai berpantang.

COMEL sangat, putih gebu... mulut ikut mak dia. Itulah gambaran yang diberikan oleh penyanyi Anuar Zain mengenai bayi sulung pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel.

Cerita Anuar atau nama sebenar Shahrul Anuar Zain, 52, dia masih belum berkesempatan menziarahi bayi perempuan diberi nama Nur Khawla Soleha itu kerana mahu menunggu hingga Ernie selesai berpantang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anuar Zain okey je... Tak kecil hati jadi bahan lawak Atu Zero, siap puji kelakar

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 hari, Ernie dan Syamel umum nama anak Nur Khawla Soleha

"Tak pernah jumpa lagi... daripada dulu kalau ada saudara atau kawan-kawan baru bersalin saya beritahu hanya akan jumpa selepas berpantang.

"Kalau tinggal satu rumah okaylah kalau kita tengok. Tapi yang tinggal berasingan walaupun saudara mara atau kawan baik sekali pun saya tak berani lagi.

anuar 4

Anuar tolak ziarah bayi yang baru dilahirkan.

"Saya pun ada cakap dekat Ernie, lepas habis berpantang barulah saya datang melawat bayi mereka. Sekarang ini saya tengok daripada foto yang dikongsi sahaja.

"Comel betul, mata cantik, bibir macam mak dia... putih gebu! Ada ikut muka mak dia," katanya kepada mStar.

Umum sedia maklum, Anuar merupakan bapa saudara kepada Ernie.

Saya ada cakap dekat Ernie, lepas habis berpantang barulah saya datang melawat bayi mereka.

ANUAR ZAIN

PENYANYI

Anuar berkongsi mengenai perkara itu semasa sidang media Misi Kemanusian Syria Care 13.0 yang diadakan di Pejabat Syria Care, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Untuk rekod, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

anuar 3

Pasangan ini timang cahaya mata sulung pada 22 Februari lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Ini berkata dia menolak untuk bertemu dengan bayi yang baru dilahirkan kerana bimbang jika boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Ramai saja yang undang datang ke rumah, tapi saya tolak sebab semasa berpantang itu bayi masih lemah, kita dari luar tak tahu bawa apa, datang dari mana.

"Jadi untuk elakkan daripada benda-benda tak diingini itu, jadi kita tunggu habis pantang... kalau selepas itu nak melawat pun kena waktu siang, malam-malam tak boleh. Kita kena berjaga-jaga sebab mereka itu masih bayi.

"Nak cium pipi baby pun bukan boleh, mereka masih lembut. Nanti semua cium, kasihan pipi naik keruping (kudis) pula. Tak boleh tau cium-cium. Sekarang ni zaman teknologi, baby keluar kita dah boleh tengok," ujarnya.

anuar 2

Anuar Zain (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki (dua dari kiri) semasa sidang media Misi Kemanusian ke-13.

Dalam perkembangan lain, Anuar menjadi selebriti yang terpilih menyertai Misi Kemanusiaan kali ke-13 yang digerakkan oleh Syria Care.

Misi berkenaan akan bergerak ke tiga buah negara iaitu Turki Syria dan Lubnan pada 11 April depan.

Anuar akan berada di Lubnan selama lapan hari mengagihkan bantuan makanan kepada pelarian sempena bulan Ramadan.

"Kita ini apabila sudah puas bekerja untuk diri kita dan keluarga, adakalanya tertanya-tanya sama ada sudah cukup atau tidak bantuan ke arah lain?

"Dengan adanya Syria Care saya terpanggil menjayakan misi ini. Saya tengok video kesukaran kehidupan saudara-saudara kita di sana, kerana keadaan hidup mereka di sana sangat susah.

"Bukan sahaja susah makanan, tempat tinggal juga sukar," ujarnya.

Untuk menjayakan program ini, Syria Care menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM225,000 bagi membantu lebih kurang 1,000 keluarga di negara berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain