suria

Nama makin sepi, Hafidz Roshdi selesa jadi pelakon pembantu... Tak kejar watak hero drama

Hafidz tidak lagi mensasarkan untuk hanya menerima peranan sebagai hero dalam drama.

MENYEDARI namanya kini kurang menjadi pilihan untuk melakonkan watak utama dalam drama, pelakon Hafidz Roshdi bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan masih ada.

Bagi Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 28, diberi peranan sebagai pelakon pembantu mengajarnya untuk mendalami lebih banyak karakter dalam lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai penyanyi jadi hero, Hafidz Roshdi tak rasa tergugat - “Watak utama beri tekanan besar... saya pernah lalui zaman itu”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi bela Elizad, sering nampak solat di set penggambaran - “Dia ambil wuduk, bentang sejadah”

"Sekarang ini sasaran saya bukanlah hanya mahu menjadi hero dalam drama.

"Apa yang penting rezeki berlakon sentiasa ada walaupun watak pembantu.

hafidz roshdi 1

Hafidz kini tidak terlalu memilih untuk terima tawaran berlakon.

"Sebenarnya membawakan watak pembantu juga memberi saya peluang untuk mendalami lebih banyak karakter dalam drama,"ujarnya kepada mStar.

Disebabkan sering membawa watak pembantu, Hafidz juga sedar namanya kurang menjadi sebutan peminat.

"Mungkin disebabkan tidak membawa watak utama, ada yang berfikir saya sudah berehat daripada dunia lakonan.

Apa yang penting sentiasa ada rezeki berlakon walaupun watak pembantu.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

"Sedangkan banyak drama yang telah ditayangkan sebelum ini," katanya.

Hafidz berkata demikian ketika sidang media mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Harith Fayyadh yang bakal ditayangkan bermula 1 April di slot Akasia TV3.

Bercakap tentang penggambaran drama tersebut, kata Hafidz dia gementar apabila digandingkan dengan pelakon hebat Nad Zainal.

hafidz roshdi 3

Bergandingan dengan Nad Zainal dalam drama berjudul Harith Fayyadh

"Saya pernah berlakon dengan Nad, tetapi untuk drama ini masih rasa gementar apabila kami digandingkan bersama.

"Bagus juga ada perasaan sebegitu kerana apabila di hadapan kamera, boleh hidupkan watak yang ingin saya tonjolkan dalam drama ini.

Drama ini membawa kisah dua beradik iaitu Harith lakonan Hafidz dan Fayyadh (Adam Lee) yang bersengketa kerana mahu mewarisi harta pusaka keluarga.

Pelakon lain yang turut terlibat adalah Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Badrul Muhayat dan Shamsul Ghau Ghau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain