suria

Zaki Yamani tak ‘jual nama’ Jamal Abdillah, masuk Ceria Pop Star Xtra guna bakat sendiri... Tetap hadir ‘audition’

Zaki lepas uji bakat sertai Ceria Pop Star Xtra.

MENJADI anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bukanlah tiket laluan mudah bagi Zaki Yamani untuk mencipta nama dalam industri seni.

Buktinya, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani, 16, masih terkial-kial mempamerkan bakat sendiri agar lebih dikenali dalam dunia hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani bengang dituduh guna duit Jamal Abdillah buka bisnes, hidup senang kerana keluarga kaya

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 16 tahun, Zaki Yamani dah jadi tauke kedai makan... Bangga dapat bantu ibu cari duit

Terbaharu, Zaki mencuba nasib hadir ke uji bakat program Ceria Pop Star Xtra.

"Orang mungkin anggap saya boleh ambil jalan mudah untuk popular. Namun saya lebih senang mencipta nama sendiri.

"Sebagai anak kepada Jamal Abdillah pun saya tidak diberi jalan istimewa untuk hadir ke uji bakat.

"Malah sebelum ini saya juga pernah ditolak untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian selepas sesi uji bakat," katanya ketika dihubungi mStar.

zaki yamani 3

Zaki tak mahu tumpang populariti bapa

Sebelum ini Zaki dilihat berkongsi gambar dia diterima masuk menyertai program tersebut dalam satu hantaran di Instagram.

Tekad untuk memperbaiki mutu nyanyian sendiri, Zaki berharap program sebegini dapat memberikan ilmu bermanfaat buatnya.

Malah Zaki juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang dalam pertandingan tersebut.

Sebagai anak kepada Jamal Abdillah pun saya tidak diberi jalan istimewa untuk hadir ke uji bakat

ZAKI YAMANI

PENYANYI

"Saya mahu sertai program ini sebab hendak mencari pengalaman dan tingkatkan kualiti vokal.

"Selain itu saya juga mahu hiburkan peminat.

"Soal kalah atau menang tidak menjadi keutamaan buat saya. Apa yang penting adalah ilmu untuk saya memperbaiki diri," jelasnya.

zaki yamani 2

Zaki mahu bina jalan sendiri dalam industri seni

Bercerita lanjut tentang perjalanan seni, kata Zaki dia harus bijak membahagikan masa untuk kerjaya dan juga pelajaran.

Dalam masa sama, Zaki juga sibuk menguruskan perniagaan makanan yang dia usahakannya.

"Kehidupan harian memanglah sibuk. Saya cuba bahagikan masa sebaik mungkin untuk semua yang saya usahakan.

"Saya tak mahu pelajaran terabai dek kerana terlalu sibuk dengan perniagaan dan jemputan menyanyi.

"Semua perkara harus diseimbangkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain