suria

[VIDEO] Aisar Khaled beli kondominium mewah RM1 juta dekat KLCC... Bangga kumpul aset hartanah di usia 22 tahun

Aisar bersyukur miliki rumah di usia 22 tahun.

PERSONALITI media sosial, Aisar Khaled meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri di usia 22 tahun akhirnya tercapai.

Menurut Aisar, kediaman jenis kondominium mewah berharga RM1 juta itu terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

"Syukur Alhamdulillah rezeki saya miliki rumah ini, perasaan sangat gembira dan terharu sebab tak sangka dapat beli sebuah rumah di usia yang masih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dah serik kena kecam, Aisar Khaled nak kurangkan kontroversi... Mahu fokus jadi pelakon pula

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam solat atas jalan, Aisar Khaled maafkan netizen salah tafsir niat sebenar

"Awalnya tak jangka pun nak beli rumah ini tapi tiba-tiba terdetik di hati nak miliki rumah. Kalau saya tak duduk pun boleh dibuat pelaburan.

"Sejujurnya saya bangga dengan diri sendiri sebab selepas melalui pelbagai cabaran termasuklah mencari rezeki di usia 17 tahun akhirnya ini hasil yang saya miliki.

aisar 2

Aisar gembira miliki rumah pertama.

"Saya bermula dengan seronok-seronok main Instagram, kemudian berlakon dan kini buat bisnes. Saya anggap semua ini adalah rezeki dari Allah untuk saya dan keluarga," katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Aisar berkongsi video dan foto ketika dia meninjau rumah yang baru dibeli itu.

Semasa muda inilah kita cari duit banyak-banyak dan kerja keras. Teruskan menyimpan, jangan boros beli benda tak sepatutnya!

AISAR KHALED

PELAKON/ INFLUENCER

Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan meminta pelakon filem Gila Gusti ini berkongsi tip dan nasihat untuk berjaya di usia muda.

"Nasihat saya kepada semua, jangan pernah berputus asa, sentiasa meneroka dan jangan takut cuba benda baharu. Jangan pernah rasa selesa dengan apa kita ada, di usia muda inilah kita kena usaha lebih sikit.

aisar 4

Aisar sibuk uruskan perniagaan dan syarikat yang baru ditubuhkan.

"Buat macam-macam kerja, sentiasa berjumpa dengan ramai orang untuk kongsi ilmu dan pandangan. Jangan hanya duduk tanpa berusaha.

"Tapi paling penting kena pandai tentang pengurusan wang, semasa muda inilah kita cari duit banyak-banyak dan kerja keras. Teruskan menyimpan, jangan boros beli benda tak sepatutnya dan tak salah kalau cuba melabur di tempat yang betul," ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakan, Aisar memberitahu dia membuka syarikat berasaskan pelaburan, baru-baru itu.

"Ini perniagaan saya sendiri. Tujuan saya jalankan bisnes ini untuk bantu anak muda berjaya dan miliki harta di usia muda.

"Tak ada masalah kalau sertai bidang pelaburan ini, yang penting kena ada ilmu. Walau apa pun pekerjaan kita buat, kunci utamanya kena rajin dan jangan cepat putus asa.

"Setiap pekerjaan ada risiko tapi insyaAllah kalau kita ada semangat pasti ada hasil. Jangan takut berdepan risiko, itulah yang akan mematangkan dan menguatkan kita untuk terus berjaya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain