suria

Pegang tangan atau main mata tak apa, tapi bukan aksi panas... Wanna Ali takut lakon babak ghairah

Wanna tidak gemar untuk melakonkan babak bersentuhan keterlaluan.

SELEKTIF dalam pemilihan watak dan tetap dengan pendirian untuk tidak melakonkan babak panas atau melampau menjadi prinsip pelakon Wanna Ali sejak melibatkan diri dalam dunia hiburan.

Malah Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali berkata dia juga tidak mempunyai keyakinan untuk memegang watak yang terlalu daring.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikenali sebagai penyanyi, Wanna Ali kini fokus berlakon sahaja... Enggan buat lagu ikut selera pendengar Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam filem lucah! Zul Ariffin ‘upload’ aksi panas... Netizen kata tak sesuai jadi drama Ramadan

Biarpun pernah melakonkan watak sebagai seorang isteri, pelakon berusia 25 tahun ini lebih selesa untuk melakukan babak bersentuhan yang tidak keterlaluan.

Wanna 1

Wanna tetap dengan pendiriannya untuk tidak malakonkan aksi melampau.

"Sudah tentu saya tidak akan melakonkan babak atau aksi melampau. Saya tak yakin untuk lakukan babak terlalu daring.

"Kalau tengok drama lakonan saya, walaupun watak suami isteri pun saya tak berapa sangat nak bersentuhan. Pengarah pun tahu saya macam mana, saya tak suka sangat bersentuhan.

"Pengarah boleh tahu yang saya tak biasa untuk babak keterlaluan. Kalau sekadar pegang tangan atau main mata, it's okay," kata Wanna kepada mStar.

Pengarah pun tahu saya macam mana, saya tak suka sangat bersentuhan.

WANNA ALI

PELAKON

Anak kepada penerbit Datuk Ayu Puteh itu ditemui ketika majlis tayangan perdana program Ramadan Awesome TV yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini turut mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk memegang watak heroin dalam drama Perempuan Itu terbitan pelakon Erma Fatimah.

Biarpun menyukai karakter yang kini milik aktres Mimi Lana itu, namun Wanna terpaksa menolak tawaran tersebut disebabkan jadual penggambarannya sudah penuh.

Wanna 2

Wanna terpaksa tolak tawaran Erma bagi membintangi drama Perempuan Itu.

"Auntie Erma ada hubungi saya, dia nak mencari heroin. Waktu itu saya memang belum mula penggambaran drama baru tapi saya terpaksa tolak tawaran dia.

"Sebab dah lock dengan drama lain. Dia memang ada beritahu yang karakter itu heroin drama itu best sebab tentang seorang wanita yang menegakkan keadilan untuk wanita.

"Ikutkan saya memang nak sangat karakter itu... walaupun saya tak baca skrip lagi. Tapi bukan rezeki saya, watak itu diberikan kepada Mimi Lana," ujarnya.

Drama Perempuan Itu menjadi kontroversi selepas teraju utama iaitu aktor Zul Ariffin berkongsi klip teaser dengan memperlihatkan aksi panas dengan aktres baharu, Siti Hariesa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain